02-temuduga

Drama Series 2330

Pagi sabtu itu. Nor bangun awal.
Dia membuat nasi goreng untuk sarapan dan makan tengah hari Yati dan ibunya..
Nor juga telah menyiapkan air Teh O untuk ibunya cicah biskut kering.

Air kosong juga telah diletakkan berhampiran tempat tidur ibunya. Supaya memudahkan ibunya untuk makan dan minum sepeninggalan Nor ke pekan Pasir Mas.

"ibu. Nor nak pergi temuduga kerja dulu.
Kat tepi ni ada nasi goreng.
Air Teh o dan biskut kering ya.
Air kosong pun ada kat sini.
Nanti tengahari ibu minta nasi dengan Yati ok."
"baiklah Nor. Takpe. Apa yang Nor dah sedia ni pun dah cukup.
Pergilah nak.
Ibu doakan Nor dapat kerja"ujar ibu Nor.

"terima kasih ibu
Restu ibu sudah cukup untuk nor."balas Nor.

Nor mengejutkan adiknya Yati dan berpesan untuk memberi nasi kepada ibunya bila sudah sampai waktu tengahari.

Sebelum nor bergerak ke kedai Mak Jenab. Kerana Ketua kampung telah menyediakan kenaikan van untuk membawa pemuda pemudi kampung ke dewan Majlis Daerah Pasir Mas..
Tok ketua meminta mereka berkumpul disitu
Nor singgah kerumah jirannya. Saudah meminta tolong  Saudah untuk memantau ibu dan adiknya sehingga dia balik dari pekan Pasir Mas petang nanti.
"Nasi Nor dah siapkan, tengahari nanti Kak Odah tolong Yati hidangkan pada ibu boleh?"pesan Nor.
"Ya, Nor pergilah sekarang nanti terlambat pula.

Setibanya di dewan Nor lihat begitu ramai yang menghadiri temuduga pada hari itu. Betapa Nor berasa sangat sedih kerana kurangnya peluang pekerjaan di negeri asalnya sendiri.
Nor menghampiri satu kaunter syarikat yang tak begitu ramai orang yang menunggu.

Pegawai itu telah membawa Nor untuk temuduga bersama pengurus syarikat itu.

"ok. Awak boleh lapor diri ke pejabat kami di Kuala Lumpur pada hari isnin nanti."

"maksud puan lagi 2 hari?"
"ya lagi 2 hari. Ada masalah?" pengurus berbangsa cina itu bertanya.

"ya saya perlu uruskan penjagaan ibu dan adik saya dahulu.
Saya juga perlu mendapatkan tempat tinggal di kuala Lumpur juga."

"jika begitu. Bila awak boleh melaporkan diri?" pengurus itu bertanya lagi.

Nor berkira kira sendiri lalu menyambung "  dalam seminggu lagi. Boleh tak puan?"

"pengurus itu menyerahkan sekeping kad namanya. Ok. Sebelum awak nak melaporkan diri hubungi saya dulu ya."
" baik puan."
Nor sedikit kecewa kerana dia merasakan peluangnya untuk bekerja di ibu kota Malaysia tidak akan berjaya. Walaupun peluang sudah ada.
Nor tidak sedar dia telah menuju ke laluan yang bertentangan dengan pintu keluar. perjalanan nor tersekat oleh satu barisan yang panjang. Nor telah di tolak masuk ke depan barisan itu.
Rupa rupanya barisan itu membawa  nor ke kaunter temuduga Hotel Renaissance Kota Bharu. Nor juga berjaya dalam temuduga itu. Tetapi sama seperti syarikat yang  pertama Nor meminta tempoh seminggu untuk menyelesaikan urusan keluarga dan rumah sewa. Tetapi Nor sedikit gembira kerana hotel itu berada dalam negeri Kelantan.

Dalam perjalanan pulang. Nor telah menyampaikan berita gembira menngenai tawaran kerja yang diterimanya. Tok ketua memberitahu Nor supaya Nor pergi berjuma dengan Hajah Siti Fatimah.
Salah seorang penduduk kampung Nor yang sangat dihormati dan kaya.
"assalamualaikum.. Siti.. Ooo siti" Nor memberi salam.
Siti adalah panggilan  untuk Hajah Siti Fatimah di kampung itu.
"oo Nor. Jemputlah naik" suara Cikgu Azizah, anak Siti menjemput Nor naik ke rumahnya.

" begini Nor..
Tok ketua royat ko Siti rumah Nor tak masuk elektrik lagi kan?"
"ya Siti. Nor kena bayar rm500 kata tok ketua.
Nor baru dapat kerja ni.
Satu di KB satu di Kuala Lumpur.
Risau jugak nak tinggal ibu dan Yati tu."

"ginilah Nor. Rumah lama Siti sebelah kanan tu kosong.
Imam mustapha dah pindah ke tempat lain.
Nor bawalah  ibu dgn Yati tinggal di situ
Mudah untuk Siti nk jenguk jenguk. Cikgu Zah pun boleh tengok tengok kan sekolah Yati."ujar Hajah Siti Fatimah.

Nor nak gi kija di Amerika pun takpo. Siti tolong jaga deh."sambung Hajah Siti Fatimah.

Nor hampir melelehkan airmata.
Dia sgt terharu dengan keikhlasan hati Siti.
" terima kasih byk banyak Siti. Budi dan jasa Siti tak dapat Nor balas."

"takpe, Nor tak perlu balas. Siti tolong ikhlas. Anak anak Siti semua pun dah berhijrah klu ada Yati boleh buat teman berbual." kata Hajah Siti Fatimah.

Anak anak Hajah Siti Fatimah semuanya dah berjaya dan dah berhijrah keluar dari kampung ini. Anak sulungnya menjadi pensyarah di Jordan. Anak kedua pula ketua pengarah JKR di Terengganu. Anak ketiganya seorang peguam. Anakanak dan menantu yg lain ke banyakannya cikgu dan ustaz. Anak bongsu Siti, ialah Imam muda kampung yang bernama Mustapha.  Cucu Siti pula seorang pilot yang masih hilang dalam tragedi MH 370 yang lalu.

"nanti Nor balik bincang dengan ibu dulu ya Siti."
"moleklah bincang dulu. "
Nanti Siti minta  tok ketua aturkan urusan  nak bawa ibu dan Yati masuk rumah Siti tu.

" Nor pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira.
Allah telah mempermudahkan urusannya. Tetapi Nor masih belum membuat keputusan samada mahu memilih kerja di KB atau KL.
Kerja KB gaji rm850 jer. Di kl gaji RM1500.
Tetapi kos hidup di KL sgt tinggi.
Dan Klu ada kecemasan berlaku pada keluarganya perjalanan untuk pulang ke kelantan akan memakan masa 8 jam.
Dia tak sanggup. Nor merasakan dia perlu memilih kerja di hotel sebagai housekeeping staff.
Walaupun gaji tak banyak. Nor akan dibekalkan dengan sarapan pagi dan tengah hari di hotel itu.
Dan dibekalkan dengan lunch dan dinner kalau bekerja pada shift petang.
Harga sewa rumah juga tidak terlalu mahal.

"Ibu.. Nor dah dapat kerja. Di Kota Bharu. Tapi kerja kemas bilik di hotel jer bu."

" Takpelah Nor. Syukur alhamdulillah. "
" Kejap lg Nor masak ya, Nor bersihkan ibu dulu. 
Kemana pulak Yati ni"Nor bercakap cakap dengan ibunya.

"Yati ada  di rumah Saudah. Nak main congkak dgn Liza anak Saudah tu."

"Ibu Nanti   ibu dgn Yati pindah masuk ke rumah lama Hajah Siti Fatimah ya."

"La kenapa nak susahkan orang Nor. Ibu larat nak bangun untuk masak dan jaga Yati." balas ibu Nor.

"?Nor tahu ibu. Tapi Nor nak kerja pun tak senang hati fikir tentang ibu dan Yati
Klu terjadi kes kebakaran mcm rumah Nek Gayah tu mcm mana?"Nor menyatakan kerisauannya.
Kat rumah Siti tu dah ada elektrik.Cikgu Zah pun boleh tengokkan pelajaran Yati sepanjang Nor tak de ni

Lagipun rumah kita ni jauh. Rumah Siti tu sebelah surau, mudah klu ibu nak ke surau nanti.
Nor dah aturkan semua dengan tok ketua.
Esok Nor kemas pakaian semua.
Ibu dengar cakap Nor ya"
Nor memujuk ibunya.
"yay. Kita nk pindah.
Kita pindah kan Kak Nor?" soal Yati tiba tiba. Dia baru sampai ke rumah setelah puas bermain dengan Liza.


"Ya. Tapi Yati kena janji.
Jaga ibu tau,
Kak  Nor dah dapat kerja di KB.
Nanti Kak Nor beli patung barbie yang Yati minat sgt tu ok" Nor memberi janji.
Yati senyum sampai ke telinga mendengar janji dari kakaknya itu.

Alfatihah untuk Arwah Hajah Siti Fatimah, dia, meninggal dunia tiga minggu sebelum Aidiladha. perginya akibat sakit tua, pada usia nya 93 tahun, dan tidak sempat melihat wajah cucu kesayangan yang hilang itu. semoga rohnya dicucuri rahmat. dan semoga Fariq Abdul Hamid serta semua penumpang dan krew MH370dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience