04-first day at work

Drama Series 2330

"Nor hampir melelapkan mata bila telefonnya berbunyi..
" yes.....Kekasih hati dah telefon.. "
" maaf Nor. Epul call lambat.
Kat rumah tadi ramai orang kampung datang. Ada pencuri pecah masuk kedai Mak Jenab." Saiful melaporkan.

"dapat tangkap tak pencuri tu."Nor bertanya. Dia mula risau keselamatan ibu dan Yati.
" belum lagi tapi ada saksi cakap Si Bidin dan geng dia tu yang buat." Saiful menyambung. Polis sedang cari mereka sekarang."
" Nor risau abang......"
" jangan risau sayang. Malam ni abang berkawal di rumah Siti dan ibu"
Saiful bagai  dapat memahami kerisauan pujaan hatinya.
"ok lega sikit hati Nor"

"kalau Nor nk balik sini. Esok Nor abis kerja pukul berapa abang ambil sayang. Pagi lusa abang hantar sayang pergi kerja. "Saiful membuat tawaran.
Tempoh perjalanan dari kampung ke hotel itu cuma 30 minit sahaja.

Traffic di Kota Bharu juga tidak sesak.
Saiful cuba untuk mengambil peluang  bertemu dan berdua duaan dengan Nor.
Dia sendiri sudah merindui gadis itu.
Selama 2 tahun di perak dia tidak pernah resah sebegitu rupa kerana dia tidak tahu perasaan Nor padanya.
Tetapisetelah Nor juga menyuarakan perasaan hatinya pada Saiful dia yakin dia tidak bertepuk sebelah tangan.
Pasti mujarab bau perfume yang sengaja Saiful tinggalkan tadi. Dia berbaring sebentar di atas tilam Nor untuk meninggalkan bau perfumenya. Tetapi bila tidak kuat bau yang melekat Saiful telah menyembur perfume dashing yang dibawanya.
"lunch esok Nor mesej abang untuk confirmkan boleh?"
"boleh sayang." abang sanggup menjadi pemandu hidupmu sampai bila bila."
Selepas menamatkan panggilan, Nor ke bilik mandi untuk menyegarkan tubuh.
Nor terus terlelap kerana kepenatan.

Tidur Nor dikejutkan dengan bunyi bising. Teman2 serumah sudah mula bersiap untuk pergi kerja. Kebanyakan penghuni di sini ialah staff hotel juga.
Rumah ini ibarat asrama pekerja wanita di ketuai oleh Shida, staff paling lama menghuni di situ. Cuma Shida yang kenal tuan rumah yang kami duduki itu. Dlm 9 orang penghuni, 3 daripadanya ialah pelajar  open University Kota Bharu...
Kolej itu juga berada berhampiran dengan hotel Nor bekerja. Kalau diikutkan dari segi umur . Nor adalah yang paling matang.
Nor bergegas bersiap untuk mengikut Shida. Shida akan membawanya ke pejabat pengurusan sumber manusia.
Shida membawa Nor masuk  melalui pintu pekerja di kawasan loading bay
"semua pekerja tidak dibenarkan masuk melalui pintu utama pada waktu kerja.
Kecuali ada urusan kerja."
"tak boleh masuk waktu kerja Kecuali ada kerja. Mcmmn tu?"
"contohnya Concierge."
"concierge tu apa?"
Tau tak maksud concierge?"

Nor menggelengkan kepala.
"ok, bell boy tau."Nor angguk."ok. Concierge tu istilah hotel untuk bellboy" Nor masih mengangguk tanda faham.
"concierge, bellboy dan driver. Mereka boleh guna pintu tu waktu kerja sbb itu tempat kerja mereka. Tetapi masuk kerja balik kerja kena guna pintu pekerja sebab perlu punch card"
"ok ini punch  card Nor.

Mari sini Shida ajar cara guna" Nor mendekat untuk melihat cara punch card. Kalau punch card ni merah maknanya Nor dah terlambat ok. "Nor masih angguk.
Sampai di tingkat 6. Shida mengajak Nor keluar untuk breakfast. "office HR kat tingkat 7. Sempat lg kita mkn. Mkn pg dan lunch kat sini.
Tapi klu Nor nak beli makan di kedai luar pun di benarkan tapi tak boleh makan di meja kerja ya."pesan Shida.
Nor gembira menerima kerja itu kerana ada banyak kelebihan yang diberikan.
" dah siap? Jom"

"Shida, staff department mana ni" seorang lelaki menegur Shida sambil menuding jarinya pada Nor.
"sibuklah kau ni. Tepi sikit. Kau kenapa masih kat sini Haizad Waktu kerja kau kul 8.30 bukan pukul 9 pagi ya."Shida mula membebel
" kau ni Shida. Rilex la. Tak jawab pun soalan Yusry. Tak pe biar aku yang tanya, "

" cik adik yang cantik ni nama siapa. Department mana. Rumah kat mana. Nak minta nombor telefon boleh? " bertalu talu pertanyaan dari lelaki yang ke dua
"kau pun sama menyibuk Hafiz macam pompuan." Shida bersuara lagi.
"jom Nor kita pergi. Jangan layan sgt langau langau kat opis ni.
" woiiit Fiz nama dia Nor la... Ku terbayang cahaya cinta" jerit Haizad
Hafiz ketawa bagai pontianak jantan.

Sinar matamu bagai api memancor. Hafiz mula menyanyi persis Dato' Awie dalam filem hantu kak limah.
" cahaya woi bukan sinar"
"i can see the light at the end of the tunnel" Hafiz menjerit,
aku masih menangkap perbualan mereka berdua dari tangga kecemasan menuju ke tingkat 7.
"Nor kalau nak naik atau turun setingkat jer jgn guna lift ok."
"ok Shida."

Aku diberi dua pasang uniform untuk di guna selama. Bekerja. Setiap  kali abis waktu kerja aku perlu menghantar pakaian itu untuk dicuci. Dan mengambil uniform baru setiap pagi.
"waktu kerja Nor dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Lunch ikut giliran. Samada 12-1 atau 1-2. Manager akan tentukan giliran tu." "ada soalan?" Intan HR executive bertanya
"takde soalan lagi.
" nanti Shida bawa Nor pergi housekeeping department Office
"Nor. Nak tanya sikit."
"tanyalah."
"siapa lelaki yang WhatsApp Intan tanya lokasi rumah sewa semalam?"
"kenapa Intan tanya. Itu Saiful kawan sekampung"
"oh.. Kawan jer kan takde hubungan istimewa.?"
"ya kawan jer"
"kenapa ko sibuk ni Intan? Shida menyoal tidak senang. Shida mengagak lelaki yang dilihatnya semalam ialah Saiful. Shida pasti Intan cuba nak dapatkan Saiful untuk dirinya. Dengan kecantikan dan keseksian Intan, pasti Saiful akan tergoda.
" comel weh aku tgk gambar WhatsApp dia. Chinese looks. My taste" Intan bercerita dengan gaya gediknya. , cepat Shida, hantar Nor. Briefing dah nk abis tu" Intan menggesa keduanya pergi dari situ kerana dia mahu menghubungi Saiful. "Nor tu pompuan kampung jer tak reti nk bergaya lainlah aku ni. Executive. Saiful pasti akan terpikat" intan membina angan angan

Panggilan Intan langsung tidak di jawab oleh Saiful. Saiful sedang berbual dengan ibu dan ayahnya mengenai hasratnya untuk bertunang dengan Nor, sebelum dia berangkat ke perak untuk menyambung pengajiannya.

Intan tidak mengalah dia cuba menghubungi Saiful sekali lagi.
"Angkatlah telefon kamu tu pul, bisinglah mak dengar"ibu Saiful menggesa.
"Panggilan tak penting mak"balas Saiful
Hati Intan dongkol.
"Jual mahal kau ya"fikir Intan.
"Lagi kau jual mahal lagi aku nak beli"kata hati Intan lagi.
"Intan.... bila nak pergi walk in interview di lobby hari ni?"Puan Wong, Director Human Resource menegur pekerjanya.
"

Gediknya Intan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience