01-prolog

Drama Series 2330

Tiada siapa boleh menduga apa yang akan berlaku di kemudian hari. Dari azali lagi semua orang sudah mengetahuinya.  Rezeki, jodoh, ajal dan maut semua di tangan tuhan. Siapa kita untuk menidakkan suratan takdir. Andai ada yang tahu betapa pedihnya soalan seperti "kenapa tak kahwin lagi?" atau sindiran sinis" awak ni memilih kan?". Gelaran andartu dan andalusia di beri kepada wanita yang masih belum berkahwin walaupun sudah melebihi umur yang sepatutnya. Jadi mengapa masih ada golongan sebegini dalam masyarakat. Apakah benar mereka ini memilih. Jika benar apakah yang di pandang mereka. Rupa atau harta?, dan ini kisah aku, seorang gadis dari desa.

Norhamisah melangkah dengan berhati hati tetapi laju meniti batas batas padi.
Matahari semakin meninggi. Aku risau ibu dan adik yang ditinggalkan pagi tadi.
Aku terpaksa ke kedai Mak Jenab di tepi jalan besar kerana bekalan beras sudah habis.
Petang semalam aku guna beras terakhir untuk dijadikan makan malam.  Aku tak mampu nak ke kedai pada waktu malam kerana batas batas padi ini terlalu gelap dan licin. Sementelah rumahku Juga tiada bekalan elektrik. Oleh kerana rumah aku berada di hujung kampung kabel elektrik tidak sampai ke rumahku dan beberapa rumah berhampiran. Kami hanya bercahayakan lampu lilin atau lampu pelita ayam. Pernah satu ketika rumah Nek Gayah terbakar akibat percikan api terkena langsir. Mujur sahaja tiada kemalangan jiwa berlaku. Rumah Nek Gayah terletak selang sebuah rumah dari rumahku. Arwah ayah pernah cuba meminta YB untuk menyambungkan kabel hingga ke rumahku supaya memudahkan kami  tetapi sehingga ayah meninggal dunia 5 tahun yg lalu masih tiada jawapan daripada YB. Aku sendiri sudah malas untuk berharap. Tok ketua memaklumkan aku perlu membuat bayaran sebanyak rm500 kalau mahu menyambungkan elektrik kerumahku. Oleh itu aku perlu keluar dari kampung ini untuk mencari kerja. Waktu pagi di Kampung Perangkap, Tendong, Bunut Susu Pasir Mas ini sangat hening dan damai.
Seusai subuh tadi aku bergerak ke kedai meninggalkan ibu yang sakit tua dan adik yang masih kecil.
Sewaktu aku mahu berangkat pulang aku bertembung pula dengan Senah.
Dia mula menarik tudung aku sambil menuduh aku mengganggu suaminya Bidin.
Pergaduhan itu membawa aku dan Senah kerumah tok ketua.
Hampir 6 jam perbincangan berlangsung dan pada akhirnya Senah memohon maaf kerana salah sangka.

Wati ada bukti rakaman video menayangkan suami Senah Si Bidin dan kawan kawannya, Gopal, Sahar dan Halim yang cuba menggangu aku bukan sebaliknya.
Si Bidin dan kuncu kuncunya memang selalu mengganggu aku dari zaman sekolah lagi.
Aku terpaksa ke kedai Mak Jenab semula kerana beras yang dibeli tadi tercampak ke dalam parit.
Nasib baik Mak Jenab membenarkan aku berhutang pada hari itu.
Aku membeli juga beberapa tin sardin,Gula, telur, ikan bilis dan beberapa keperluan dapur untuk 2 minggu.
Lagi 2 minggu sudah hujung bulan.
Duit kebajikan masyarakat sebanyak rm300 akan dimasukkan ke dalam akaun adik ku Yati.
Adik aku penerima duit kebajikan JKM kerana cacat anggota badannya.

Dia menghidap demam panas pada usia 3 tahun yang mengakibatkan anggota tangan dan kakinya menjadi menggerekot. Adik aku Norhayati tidak mampu menjaga diri sendiri walaupun sudah berumur 8 tahun.
Tahun ini aku sudah berumur 24 tahun. Tetapi aku tidak mahu berkahwin kerana tidak ada lelaki yang mahukan wanita seperti aku.
Aku meletakkan syarat bahawa bakal suami perlu menjaga ibu dan adikku kalau mahu memperisterikan ku.
Oleh kerana itu beberapa pinangan telah aku tolak kerana belum ada yang bersetuju dengan syarat itu. Setibanya dirumah.
Sayup sayup suara ibu memanggil, "Nor... Nor ke tu"
"ya mak. Kejap ya. Nor masak jap. Tadi Nor pergi beli beras. Ibu dah lapar ya. Nor buatkan air untuk ibu makan dengan biskut kering dulu nak tak?"
Tiada sahutan.
"Kak Nor, ibu beyak." Yati Tiba tiba muncul di pintu dapur.
"ok. Yati cakap dengan ibu. Kejap lagi Kak Nor basuh ya. Kak Nor buat makan tengahari kejap. Yati dah lapar ya?" aku bertanya.
Yati cuma mengangguk. Mengiyakan.
Setiap pagi Yati makan pada pukul 7 pg.
Sekarang dah pukul 12. 50 tengah hari. Sudah pasti Yati sangat lapar.
Aku perlu cepat. Tiada siapa yang aku boleh harapkan untuk membantu.

Selesai memasak aku memanggil Yati untuk makan. Lauk ringkas. Nasi putih, Sardin dan telur dadar. Cukup ringkas tetapi mengenyangkan.itu sudah cukup.
Hujung bulan nanti boleh beli ayam atau daging untuk masak  sedap sikit.
Sabarlah duhai hati.

"Yati makan dulu. Kak Nor nak basuh ibu.  Kalau yati Nak tambah nasi hati hati ya. Periuk panas lg tu.
Lauk ibu dan Kak Nor, Kak Nor dah simpan. Yati abiskan yang atas meja tu ya.Yati  tidak merungut walaupun terpaksa makan hidangan begitu setiap kali. Minum pula air kosong sahaja.

Aku bergerak ke bilik ibu. Aku memakaikan lampin dewasa pada ibu.
Tetapi kalau sudah banyak muatannya  pasti melimpah keluar juga.

" ibu. Maafkan Nor. Nor masak untuk Yati tadi. Ibu pun mesti dah lapar. Kejap Nor ambil air. Aku ke bilik air dan membawa sebaldi air.
Fizikal ibu yang gempal tidak mampu untuk aku angkat ke bilik air. Jadi aku melakukan tugas pembersihan di dalam bilik. Mujur saja rumah aku rumah kayu. Ada lubang jadi air akan terus mengalir ke tanah. Aku terus memandikan ibu dan memakaikan lampin baru. Setiap 2 jam aku akan ganti lampin yang baru supaya tidak  terjangkit ruam.selepas menyiapkan ibu. Aku bawa makanan untuk ibu makan.
Ibu minta aku untuk menyuapkannya makan. Aku hanya menurut
" ibu. Hujung bulan nanti kita pergi hospital ya. Bulan lepas tak sempat nak pergi."

" Nor minta maaf ibu.
Nor tak dapat nak senangkan hidup  ibu.
Hari sabtu ni  pihak kerajaan ada  buat pesta kerjaya di dewan Majlis Daerah Pasir Mas.
Tok ketua beritahu disurau mlm td.
Mak Jenab tokey kedai runcit tu royat ko Nor,
Nor bercadang nak pergi cuba nasib. Kalau dpt kerja. Hidup kita dah tak susah lagi."ujar Nor.

"pergilah Nor. Pandailah ibu dan Yati jaga diri."

Ayah Nor telah pergi menghadap ilahi 5 tahun yang lalu kerana dilanggar lori ayam.
Ayah Nor melintas jalan besar ketika perjalanan balik dari solat subuh.
Sejak itu mereka hidup dalam kesusahan.
Setahun yang lalu kesihatan ibu mula merosot.
Perlahan lahan ingatan ibu semakin pudar.
Ibu juga sudah lupa ayah telah meninggal. Kadang kala ibu menangis, kata ibu ayah kahwin lari dengan Mak Besah. Janda berhias kampung.

Mak besah ialah mak Si Bidin.
Nor terpaksa mengingatkan ibu tentang ayah setiap kali.
Besar harapan aku untuk dapat kerja tetapi kalau boleh biarlah kerja itu di negeri Kelantan ini juga. Aku bernasib baik kerana keputusn SPM aku tidaklah teruk mana. Aku cuma tidak mampu ke University kerana pada tahun itu ayah telah meninggal. Aku menguburkan cita cita demi ibu dan Yati.tetapi aku redha dengan ketentuan ilahi.

satu lagi kisah benar tentang wanita yang kuat, free reading dan ini novel kedua Che da.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience