06-bertunang

Drama Series 2330

"Yus, mana kau tahu Nor stay sini?" Hafiz bertanya kepada Yusry. Mereka mahu melihat benarkah Nor sudah bertunang seperti yang dinyatakan oleh Nor sewaktu lunch tadi.

"staff yang baru masuk pagi td cerita.
Dia kata sweet sgt tunang Kak Nor. Hensem lagi dari boss"cerita Hafiz.

Aku geram la, aku cadang Esok mlm aku bawa keta. Kita culik dia bawa balik rumah kau Kita pakat kenduri ramai ramai biar padan muka  tunang dia dapat sisa jer" Yusry memberi cadangan
"tapi mana mamat tu tak sampai pun lagi?"
"kalau dapat buat depan mata tunang dia lagi best bro."kata Hafiz.

"satu kereta berwarna silver berhenti di perkarangan rumah sewa Nor.
Saiful keluar dari kereta bila melihat Nor berlari turun tangga.
" hati sayang sayang. Jatuh kang"
Nor mencapai tangan Saiful  lalu di cium. Saiful menarik tubuh Nor dalam dakapan sambil memberikan ciuman di ubun ubun kepala Nor. Nor membiarkan saja. Sengaja dibiarkan supaya nampak oleh Yusry dan Hafiz .
"macam mana hari pertama kerja. Seronok tak?" Saiful berbisik ke telinga Nor.
"seronok.  Banyak perkara baru Nor belajar. Tapi penat jugak."
"kerja apa yang tak penat sayang. Jom kita gerak. Abang nak bincang sesuatu dengan sayang".
"Saiful.... Dah sampai pun." Intan Tiba tiba muncul.
"minta maaf. Tapi cik ni siapa ya?" Saiful bertanya.
"Epul ... Nor nak kenalkan. Ini Intan executive di hotel tu."
"kerja hotel ke kerja di kelab malam macam ni pakaiannya." Saiful tidak senang melihat Intan berskirt pendek dengan baju blouse yang hampir memuntahkan isi buah dada Intan. Sedikit pun Saiful tak pandang.
Intan bersandar di kereta Saiful sambil menonggek. Sekali lagi skirtnya yang pendek itu menyebabkan isi punggungnya hampir kelihatan. Saiful mengucap panjang.
" astaghfirullahalazim. Uniform sayang macam ni juga ke.?" Saiful bertanya pada Nor.
"kalau terpaksa pakai mcm ni. Berhenti kerja esok. Abang boleh sara sayang sampai 10 keturunan.
" eh. takdelah abang. Ini uniform Nor.
Nor keluarkan uniform kedua miliknya. Baju blause besar warna hijau lumut dan seluar slack panjang. " Saiful menarik nafas lega.

Saiful menuntun Nor masuk ke keretanya.
"oii cik kak.. takde rezeki ke mlm ni. tak cukup lagi ke jantan kat hotel tu tunang orang pun nk sapu" Hafiz menjerit dari dalam kedai.
Intan tersipu sipu dan beredar dari situ.
"apa yang abang nak bincang tu?" Nor terus bertanya apabila Saiful sudah  masuk dalam kereta.
"hunung bulan ni kita bertunang tau. Nor boleh minta cuti tak?" . Mak abang dah pergi bincang dgn ibu Nor dan Siti. Mereka dah setuju. Sekarang ni tunggu persetujuan Nor jer. Abang dah tak nak tunggu lama lama. Abang perlu jadikan Nor hak milik kekal abang. Abang akan jaga ibu, Yati dan Nor bila kita kahwin nanti. "Saiful berkata yakin. Dia tahu keutamaan Nor ialah ibu dan Yati dan Saiful sudah bersedia. Nor perlu dihalalkan sebelum terlepas ditangan orang lain.
" kalau ikut hati abang. Nk akad nikah terus. Majlis sanding kita tunggu abang tamat belajar nanti. "ujar Saiful.

"Abang ni gelojoh sangat, sabar.. Kita buat satu satu la. Nor nak rasa semua proses tu" Nor memujuk
"ok. Abang setuju. "
Tapi kita jadi bertunang hujung bulan ni kan?" saiful bertanya lagi. Sekadar untuk mendapatkan kepastian dari kekasih hati.

"ya. Kita bertunang hujung bulan ni" aku mengiyakan. Aku sendiri sudah yakin dengan Saiful. Dia sudah kenal dengan ibu dan Yati tok ketua dan isterinya juga kenal keluarga aku. Pasti Saiful akan mengotakan janjinya. Aku bakal menjadi tunang Saiful yang sah. Gembiranya rasa hati.
Selama 2 minggu aku berulang alik dari Pasir Mas ke Kota Bharu.
Saiful bertegas tidak benarkan aku tinggal di rumah sewa selagi dia belum pulang ke Tronoh Perak..
Semuanya gara gara aku bercerita tentang perbuatan Hafiz dan Yusry.

Intan pula menokok tambah cerita menerusi whatsapp yang dihantar pada Saiful mengenai rancangan jahat 2 pemuda itu padaku.
Entah dari mana Intan mengetahui tentang rancangan itu, aku malas nak ambil tahu.
Yang pastinya Saiful seperti tidak mahu pulang ke Perak apabila mendapat tahu tentang hal itu.
Mlm ni bila aku dan Saiful dalam perjalanan pulang ke Pasir Mas.
Saiful mengambil tgn kanan aku dan mencium semahunya.

" Abang hati hati. Mata tu pandang jalan kat depan, bukan pandang Nor."

"Nor tak suka abang pandang nor ya."ada nada merajuk dalam kata kata Saiful.

" bukan. Kalau kemalangan macam mana? "
" esok. Abg bawa Azli hantar dan ambil Nor. Bila abang ke Perak, Abang nk Azli jadi pemandu Nor. Abang tak nk Nor tinggal di rumah sewa lg dah. Bahaya. "Saiful memberitahu.
" hujung minggu ni majlis kita. Betul ke Nor cuti jumaat dan sabtu? "
" ya betul. Berapa kali abang nak tanya soalan sama ni? "
" abang tak sabar. Kita tunang pagi. Akad nikah malam je lah. "saiful masih tak putus asa.
" Abang suka tukar-tukar plan. Klu kita tak payah tunang dulu macam mana?" Nor sengaja ingin melihat reaksi saiful.

Kalau macam tu. Jom kita ke syurga sama sama. Abang nk tekan minyak ni sampai habis. Masuk dalam sungai kelantan tu.
" tak perlulah sampai mati, kesian kat ibu dan Yati.
"nk kesian apa, Siti ada boleh jaga mereka."
"tak boleh, Nor nak jaga ibu sendiri."
Pagi berikutnya. Seperti yang Saiful maklumkan. Azli sudah berada di seat pemandu.
Saiful membuka pintu penumpang belakang dan turut masuk bersamaku.
" Meon.... Mu pandu jah sampai Kota Bharu. Lepas tu baru aku bui arahan. Mata tu tengok depe jah. Jange nak sibuk hal alik belake ni." pesan Saiful kepada Azli yang di kenali sebagai Meon oleh penduduk kampung.
Meon hanya menurut perintah dari Saiful.
Saiful menarik tubuh Nor supaya bersandar padanya. Tangan Saiful dililitkan kemas memeluk tubuh Nor yang ramping. Saiful mencium rambut Nor lalu ciuman itu singgah ke pipi Nor.
" abang,. Janganlah begini. Malu nampak kat orang lain. Azli pun nampak tu."azli hanya tersengih.
" ini bukan salah abang tau, salah Nor sebab tak nak kahwin dengan Abang"
"nor bukan tak nak kahwin dengan abang tapi tunggulah abang habis belajar dulu. Bila abang dah kerja. Kukuh sikit perkahwinan kita."
Saiful memusingkan badan Nor untuk menghadapnya
Kedua tangan Saiful memegang kedua dua pipi Nor. " ya sayang abang akan tunggu. Tapi sayang tak boleh tahan abang untuk cium sayang sekarang. Saiful mencium ke seluruhan muka Nor. Pipi dahi hidung dan akhirnya mulut nor. Nor hanya merelakan perbuatan Saiful kerana hatinya juga rasa bahagia atas layanan Saiful yang lembut terhadapnya.
"bos. Sapa Kota Bharu dah ni." suara Meon menghentikan perbuatan Saiful pada Nor.
"ok. Lepas teaffic light depe tu amik kanan, pahtu jalan straight jah."

"Epul, ambo napok dah Hotel Renaissance ni. Nak masuk alik mana??"
"gibuat u turn dulu di traffic light depan tu. Berhenti depan billion." Saiful memberi arahan.
Selepas Nor mencium tangan Saiful, Nor berjalan menuju ke pintu pekerja. Di hadapan pintu hotel beverapa orang driver dan bellboy sedang bertugas.."selamat pagi cik Nor" sapa
Mustakim.
"Nor lunch nanti tunggu Abang di kafe ya?" ucap Fazril'
'tak boleh jadi ni. Aku perlu bertunang cepat cepat. Pekerja hotel ni semua handsome la. Hati akak tak kuat dik.' bisik Nor di dalam hati.

Selesai sudah majlis pertunangan antara Nor dan saiful pada hari itu, Saiful meminta izin dari ibu Nor untuk membawa Nor keluar.
Di dalam kereta. "Meon. Bawa beta dan permaisuri. Beta jalan jalan keliling bandar."
" ampun tuanku, tahi lalat besar tuku" jawab Azli sambil bergurau.
"sayang. Abang igt kalau Intan kacau abang lagi. Abang nk tolak bagi meon jer. Ok tak plan abang?"
"Abang ingat Intan tu barang ke nak main tolak tolak."

"Meon. Mulai esok. Tugas demo ambil dan hantar mem besar pergi kerja. Balik pun kena ambil on time. gaji minta dengan tok ketua ok. "kata Saiful
" baiklah tuan besar"Azli melayan..

"Oo driver. Bawa kami kelik home now"
"Nor sayang. Cincin di jari sayang ni maknanya abang dah chup sayang. Jaga hati sayang untuk abang ya. Tak lama lg dah. 2 tahun lagi abang balik dan kita kahwin ya." Saiful berjanji untuk ke seribu kali

Nor mengiyakan kata kata Saiful itu. Dirinya semakin meningkat usia. Dia perlu kahwin sebelum masuk umur 30 tahun. Persepsi orang kampung. Bila dah masuk 30 tahun tetapi masih bujang akan di anggap tak laku. Nor tahu. 2 tahun itu tak lama. Dia akan menunggu Saiful sehingga pengajian tunangnya itu tamat.

pakaian Intan tu tak menggambarkan pakaian pekerja hotel keseluruhannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience