Ibu bersetuju untuk aku bekerja di luar daerah.
Ibu sangat risaukan keselamatan aku jika aku berhijrah ke Kuala Lumpur.
Hari ini aku akan bawa ibu dan Yati kerumah lama Siti.
Depan rumah Siti ada sebuah kedai runcit yang lebih kecil jika dibandingkan dengan kedai runcit Mak Jenab.
Namun untuk Yati membeli chickedis (jajan) atau gula gula, kedai milik Mahani itu sgt sesuai jaraknya.
Ibu pasti risau jikalau Yati berjalan jauh dari rumah.
Di Rumah Siti juga ada saluran astro. Aku ternampak piring astro sewaktu bertandang kerumahnya tempoh hari
Dari Yati lahir dia tak pernah tengok rancangan tTV. Kawannya Liza selalu bercerita tentang cerita Didi and friends, Upin Ipin dan Omar dan Hana.
Sudah berkali kali Yati minta dibelikan TV kecil seperti yang Liza ada.
menurut Yati. TV kecil itu juga boleh digunakan sebagai telefon. Aku hampir tergelak. Besar gedabak macam tu nak buat telefon. Macam bercakap dengan dinding jer.
Siti panggil aku berjumpa dengannya sebelum bertolak ke KB. Siti menghulurkan wang tunai sebanyak rm500.
"Ambil pitih ni. Buat bayar sewa rumah. Nak sewa rumah kena bayar deposit. Pasal ibu dgn Yati, Nor jange runsing. Siti ada tukang masak. Bila waktu make Siti suruh tuke masak hantar makanan pada ibu Nor dan Yati. Nanti Siti upah misi tolong jaga ibu dan tukar lampin hari hari. Nor boleh pergi kija.
Jangan fikir yang bukan bukan pasal ibu. Siti dan Cikgu Zah ada. Cikgu Mat pun ada(Cikgu Mat ialah suami Cikgu Zah)
"baiklah Siti, Nor faham, terima kasih tolong Nor dan keluarga"ujar Nor
Nanti bila Cuti hujung minggu Nor kelik."
"nanti amik num tel rumah Siti tu dari Cikgu Zah. Klu Nor rasa nak telefon tanya khabar ibu mudah. Nanti Nor ajar Yati nak tel Nor macam mana.
Di depan rumah Siti yang aku sedang tumpang, Aku lihat Saiful anak tok ketua sudah menunggu untuk membawa aku ke bandar Kota Bharu
" nor nak gerak selalu ke? Soal Saiful.
" boleh jugak. Tapi saiful tunggu kejap ya. Nor nak ambil beg pakaian dan jumpa ibu jap"
Saiful tersenyum sambil mengangguk.
" Yati. Nah pegang duit rm50 ni. Untuk belanja sekolah. Jgn boros ya. Kak Nor dapat gaji pertama nanti Kak Nor balik ok."
"baiklah kak Nor. Kalau Kak Nor t balik jangan lupa beli barbie doll. Lepas tu Yati nak basikal. Letih la nk jalan kaki jer ke sekolah sekarang ni.
Lagi Yati nak set alat mekap mainan. Dan TV kecil tu.
"Yati mengirim pesan satu persatu. Aku hanya tersenyum.
Aku beralih ke bilik ibu.
Selesanya ibu tidur di bawah putaran kipas siling Ni. "fikir Nor.
" Ibu Nor dah nak gerak ni. "Nor mengejutkan ibunya.
Bila Nor Dapat gaji hujung bulan ni Nor balik ya.
"nor tiba tiba tersengih. Dia menanti jawapan dari ibunya tetapi tiada balasan kerana ibunya sedang nyenyak tidur. Ketika Nor nak melangkah kaki keluar dari kamar ibunya.
" Nor jaga diri ya. Ibu tiada di sisi Nor. Kerja rajin rajin dengar cakap ketua. Jangan melawan ketua Nor ya" nasihat yang ibu beri Nor simpan sebaik baiknya.
Nor segera mendapatkan Saiful yang sudah lama menunggunya di luar.
"Jom Saiful kita gerak.
Saiful kini sedang belajar di University Tknologi Petronas di Perak.
Dia sebaya dengan Nor tetapi keputusan peperiksaannya setiap kali sgt cemerlang jadi dengan mudah Saiful menerima biasiswa dari Petronas kerana anak saudara Mak Jenab Abang Azman pegawai di Petronas.
Abg Azman yang menawarkan biasiswa itu pada Saiful.
"Nor dah dapat tempat tinggal ke"?
"soalan Saiful mengejutkan Nor.
Sebenarnya Nor tak jumpa rumah sewa lagi.
Tetapi 2 hari lepas masa Nor call Intan. Executive HR hotel tu. Dia bg lokasi ni. Dia kata ada bilik untuk di sewa.
Dia royat Nor boleh pergi sana sebelum lapor diri esok.
Tapi Nor tak reti nak nak baca alamat ni.
"Takpe Nor bg num tel Intan kat Epul. Epul minta dia share lokasi ok."
"Ok.
Setelah Saiful berjaya mendapatkan lokasi untuk bilik sewa Nor. Mereka menuju ke destinasi.
" Nor. Saiful ada soalan nk tanya. "
" Apa dia"
"Betul ke Nor pernah tidur dengan Bidin masa kita form 4 dulu?"soal Saiful.
"Soalan apa Epul tanya ni" Nor tidak sangka Lelaki idamannya akan bertanya soalan itu kepadanya.
" Macam ni Nor, masa kita dah habis SPM dulu, Epul pernah berhasrat nak masuk meminang Nor. Epul dah sayang Nor dari tingkatan 2 lagi. Tapi Senah cakap Nor dah terlanjur dengan Bidin. Bidin yang beritahu pada Senah."cerita Saiful.
"Ei.. Senah tu kecoh lah. Dia kahwin dengan Bidin pun sebab dah mengandung anak Bidin kan. Suka suka jer buat cite pasal Nor, Epul pun percaya bulat bulat kan? "Luah Nor.
Epul tak percaya. Tapi Epul dapat tawaran UTP masa tu. So Epul fikir Epul nak sambung belajar dulu bila epul dah kerja dan dah ada kehidupan stabil baru Epul nak masuk meminang Nor. Nor kena tunggu Epul tau. Jaga hati Nor untuk Epul seorang jer. Epul yakin kita akan bahagia bersama."
"you have arrived at the destination" suara dari telefon pintar Saiful berbunyi dan menamatkan perbualan mereka.
"hujung bulan nanti Epul ambil Nor kat sini ok. Ini Telefon bimbit lama Epul untuk Nor guna, Mudah Nak call dan mesej Epul, Jangan lupa mesej Epul. "pesan Saiful.
Nor memerhatikan sahaja kereta Saiful pergi dari situ.
Hatinya berbunga bunga.
Nor juga ada menyimpan perasaan pada Saiful. Tetapi nor sedar dirinya tidak layak untuk berganding dengan Saiful.
ayat ayat harapanyang diungkapkan Saiful tadi bagaikan memberi satu sinar harapan buat Nor.
Nor melihat sekeliling.
Hotel Renaissance terletak di seberang jalan besar sahaja. Depan kiri dan kanan rumah sewa ni ada kedai mkn. Mudah untuk Nor beli mknn.
Nor berjumpa dengan Shida yang sudah pun tahu akan kedatangan Nor.
"nak panggil Kak Nor ke?? Shida bertanya.
" panggil Nor pun takpe. "
" ok Nor. Sewa RM200 sebulan. Jadi Shida ambilDeposit RM200 + deposit air dan elektrik 100. Untuk bayaran api dan air bulanan kita tak tetapkan. Tp setiap bulan kita tgk berapa banyak bill semasa dpt.
Jadi bila dapat bill baru kita jumlahkan bill api dan bill air kemudian Shida bahagikan dengan jumlah penghuni bilik ni. Jelas tak? " setakat ni termasuk Nor dan Shida ada 9 orang penghuni."
" so deposit RM 300?" Shida mengangguk.
Nor menyerahkan duit deposit dan mendail number telefon Saiful.
" eh Nor. Cepat sangat call. Dah rindu ke. Epul tak sempat nk rindu lg.?"usik Saiful.
" Epul dah sampai kampung ke? "
" belum lagi. kenapa. Cakaplah"
"Nor nak minta tolong Epul bawa Nor beli land bed, selimut dan bantal."kata Nor.
"Ya boleh Sayang tunggu kejap ok. Abang datang..... Saiful terus buat pusingan U di bawah jambatan Sultan Yahya. Petra. Hatinya seperti ditahan tahan supaya tidak meninggalkan Kota Bharu bharu itu. Panggilan dari Nor sangat menggembirakan hatinya.
Nor gadis paling cantik di sekolahnya. Saiful tahu ramai lelaki yang cuba menawan hati Nor tetapi hati Nor bagaikan di kunci dengan mangga gajah. Sangat susah untuk di tawan. Perasaannya pernah terguris apabila termakan fitnah Senah dan Bidin. Saiful percaya Bidin mampu melakukan perkara terkutuk itu. Tetapi Saiful juga yakin Nor bukan gadis yang mudah untuk dijinakkan. Apabila ayahnya meminta Saiful untuk menjadi driver Nor pada hari itu. Saiful terus bersetuju. Saiful tiba dirumah Nor 1 jam awal dari waktu yang dijanjikan oleh ayahnya.
Saiful akhirnya tiba semula di hadapan rumah sewa Nor. Saiful nampak Nor menjengah muka melalui tingkap rumah. Saiful melambai tangan memanggil Nor turun.
"kita nk pergi beli land bed kat mn?? Saiful terus bertanya saat Nor masuk dalam kereta.
" kita gi pasaraya billion sebelah hotel tu jer. "
" baiklah tuan puteri idaman hati beta."
Selesai membeli landbed selimut dan bantal. Nor membeli barangan kebersihan diri seperti ubat gigi. Shower gel, shampoo dan sedikit buah buahan. Selesai membeli belah. Epul membawa Nor makan di restaurant Satay Malaysia yang terletak dalam perjalanan ke Airport Pengkalan Chepa. Sewaktu makan. Saiful mencuri curi menangkap gambar Nor sebagai bekalan melepaskan rindu. Saiful kemudian memberikan satu keping foto bersaiz passport miliknya kepada Nor"
"nak buat apa gambar kecik ni?"
Nor simpan dalam purse. Kalau ada org nk kacau. Nor tunjuk gambar tu dan ckp ini tunang saya" Saiful berkata dengan yakin.
"tak baik menipu Epul"
" Epul tak tipu. Epul akan balik untuk jadikan Nor suri hati hidup Epul. Epul cuma nak Nor percaya pada Epul dan tunggu sampai Epul balik. Epul yakin Nor juga sayang pada Epul. Betul tak?"
"ya betul"
"terima kasih Nor. Gembiranya Epul hari ni."
"jom kita balik dah lewat ni. Marah pulak tok ketua klu Epul balik lambat."
"takpe sayang. Abang dah mesej ayah beritahu abang balik lewat sebab nk selesaikan urusan sayang abang ni dulu."
"Nor hanya tersenyum mendengar ungkapan sayang dari Saiful.
" sayang. Ingat pesan abang, hati Nor jiwa Nor badan Nor semua milik abang seorang jer. Hanya maut yang akan memisahkan kita sayang".
Nor terkedu...
"Kenapa abang sebut soal maut, Nor tak suka"
"maafkan abang sayang. Kita tak boleh lawan takdir Allah kan. Semuanya dah tertulis di luh mahfuz. Abang cuma memberi pesan."
Dah. Jom kita balik. Esok Nor dah mula kerja. Nor tak nak tertidur pada hari pertama kerja. "
" ok sayang jom abang hantar sayang"
Sebelum Nor keluar dari kereta Saiful. Nor pegang tangan saiful dan berkata. " terima kasih kerana menyayangi Nor. Nor pun cintakan abang. Abang pun perlu janji setia pada Nor. Cinta abang hanya untuk Nor. Boleh?"
"boleh sayang. Nanti abang sampai rumah abang call sayang ok."
Saiful bergerak selepas memberi flying kiss pada Nor.
Nor menangkap ciuman cinta itu lalu di simpan di dadanya. Tak sabar Nor nak menunggu panggilan dari Saiful. Untung saja telefon bimbit tak ade kabel panjang. Boleh nor berlagak macam dalam drama. Memintal kabel sambil berbual dengan pujaan hati.
tak sempat menukar baju Nor terus baring diatas tilam barunya. Ada bau Saiful.
Mungkin terlekat bau masa Saiful tolong hantar tilam itu tadi.
Nor menjadi rindu dengan tiba tiba
Baru 5 minit berpisah sudah gila bayang begini. Indahnya perasaan bercinta...
Glossari kata
Pitih-duit
Tuke-tukang
Kelik-balik
Jange- jangan
Land bed-tilam
Share this novel