BAB 8

Romance Completed 15215

“sayang mak dah sampai….”

jerit fazril di ruangtamu memanggil isterinya.harapla isteri aku ni..dapat turut berlakon dengan baik.kalau la orang tua ni tahu..aku ngan si liyana tidur tak sibilik,mahu di ceramah kami habis-habisan.

Liyana melihat penampilannya di cermin berulang-ulang kali,walaupun dia dah biasa dengan maklong aka mak mentuanya. Setelah yakin dengan penampilannya.baru liyana turun ke bawah.

“Mana isteri kamu ril?”Tanya ayah yang baru sahaja duduk.

“Ada kat atAs ayah..tengah sembahyang tadi, jap lagi turun la tu.”jawab fazril.

“Hah..itu pun menantu mak,liya apa khabar sayang? Sihat tak?” Mak fazril terus memeluk liya setelah menantunya itu menyalamnya.

“Alhamdullillah sihat je mak,berat pun dah naik ni. Cube tengok..pipi liya ni,dah tembam kan.jangan risau..anak mak selalu buli liya,suruh makan banyak-banyak.” Tergelak mak fazril melihat keletah liya.

“Itu la mak kamu ni liya..rindu sangat kat kamu berdua.Dipaksanya ayah bercuti dan ajak kemari.padahal lagi dua minggu kamu nak balik ke kampong dah. sabar jela…ayah ngan kerenah mak kamu ni.” Tersenyum liyana dengan bebelan ayahmertuanya aka paklongnya.Sungguh mereka sekeluara terlalu baik dengan aku dan anaknya juga..cuma aku sahaja yang masih belum boleh menerima suamiku di dalam hati sepenuhnya..walaupun sudah ada sedikit sayang terhadapnya.

“Aik! ..rindu sangat kat menantu..anaknya ni..tak rindu ke.merajuk jugak karang.”fazril membuat muka sedih.tergelak liyana melihat muka fazril yang agak lucu.

“Amboi sayang..kuat gelakkan abang…nak kena cium?” serta-merta muka liyana jadi seperti buah tomata..merah padam pipinya.

“Ish kamu ni ril,ada ke cakap macam tu..malu isteri kamu ni, mak pun rindu kamu jugak .”

Tergelak fazril bile maknya menegur. Sumpah ayat tu di luahkan secara spontan sahaja..gembira hatinya bile melihat isterinya ketawa besar. Inilah isterinya yang dulu dia kenal sejak kecil.Ceria dan peramah orangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience