BAB 6

Romance Completed 15215

Di dalam kereta..kedua-duannya senyap..melayan perasaan sendiri.hanya kedengaran bunyi radio sahaja bagi memecahkan sepi atara mereka berdua.tiba-tiba fazril mematikan radio.

“la…kenapa padam?”

“Saje…nak ajak liya berborak dengan abang. Nanti dah tak dengar suara liya .”

“Iyake…tak dapat dengar. Bukan setiap malam awak call saya ke?” Tersenyum fazril mendengar jawapan isterinya.

“minggu depan liya nak abang ambil jam berapa.?”

“Nanti saya msj awak…sebab hari jumaat tu ada kelas sampai lewat petang.”

“Ok….apahal-apahal msj bagi tahu abang,kalau kelas batal..balik awal tau..kesian kat abang..sorang-sorang kat rumah.takde orang tolong jagakan.”

“Ngada-ngada la awak ni…awak bukan budak kecik pun.”

“Ala…sayang ni,gurau pun tak boleh la…garang macam singa je.elok muka muda..nanti jadi cepat tua.Tengok abang ni…sentiasa awek muda” Sesedap mulut dia je..cakap aku macam singa. Apa punya suami la ni…ngata aku depan-depan. Perasaan je diri tu hensem..tapi bile di lihat banyak kali, memang hensem pun.Kulit putih..badan pun sedap-sedap.Tinggi..sebijik macam pelakon korea.Tapi..kenapa la hati ni susah sangat nak terima dia.

“Hah!!!!! Berangan….”

“Haaaaahhhhh…!!!” ishh…lemah jantung aku.

“Terperanjat saya la…yang main sergah-sergah ni nape?” secara tak sengaja..lengan fazril dicubit sekuat-kuatnya.

“Sa…sa…Sakit…!!!!!!” laju tangan fazril mengosok lengannya sendiri.

“Padan muka…main sergah-sergah lagi.” Sakit sangat ke? hehehe..padan muka,sape suruh ngata aku macam singa tadi.rasakan cubitan ketam ku.

“Dah abang panggil sayang…sayang buat pekak,abang sergah la.” tersengih fazril menayang giginya..

“kenapa ?”

“Dah sampai la sayang…awak berangan ye?”

“Ohh!!! Dah sampai ye..jom turun.”cepat-cepat liyana keluar dari kereta.cover malu.

Malu la tu…dah kantoi, cepat je turunya.liya..liya…kelakar sungguh.

“Liya…nak abang hantar sampai atas ke?”

“Takpe la…barang tak banyak pun.saya naik dulu ye.terima kasih sebab hantar.”

“Itu memang tanggungjawab abang la sayang. minggu depan nak balik,msj abang tau.”Liyana hanya angguk sahaja.

“Liya naik dulu..lepas tu baru abang balik.Tu si fina dah melambai-lambai dari tingkap.”

“Saya naik dulu.salam…”liyana menghulurkan tangannya.

“Herm…”fazril masih ragu-ragu dengan permintaan liyana.takut salah dengar.

“Nak salam…cepat la..saya nak naik.” Belum sempat fazril menghulurkan tangannya.liyana terlebih dahulu,menarik tangan fazril dan menciumnya.hatinya tiba-tiba terasa tenang,bila mencium tangan suaminya.

“Saya naik dulu…assalammualaikum.” Laju liyana lari menaiki tangga.

“waalaikummussalam”sahut fazril,namun fazril masih kaku.betul ke dia cium tangan aku tadi? Dibelek-belek tangan kanannya banyak kali.akhirnya fazril tersenyum. Alhamdullillah..sudah ada sedikit perubahan sikap liyana terhadapnya.Dia betul-betul bersyukur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience