BAB 2

Romance Completed 15215

“Liya,diaorang dah nak masuk dah ?”

Liyana menjadi kelang-kabut, segera dia membetulkan duduknya menjadi ayu sedikit.tergelak fina melihat kawannya gabra.

“Wei..jangan la takut sangat,tenang aje..”Muncung mulut liyana..mendengar kawannya ketawa.

“fina! Kau ingat janji kita..kau jangan bocor tentang pernikahan aku ni,pada kawan-kawan yang lain tau. Kalau tidak..aku buat perang dingin ngan kau.” Angguk fina sambil meletak jari di birbirnya sambil tersenyum.

“Don’t wori…aku kunci mulut aku ni, baik ko standby…diaorang dah nak masuk tu…”

Jurugambar dah masuk,liyana menjadi seram sejuk tiba-tiba,sebaik melihat kelibat lelaki berbaju melayu putih susu masuk,liyana cepat-cepat menundukkan kepalanya.waktu ni..dia merasakan debaran yang bergitu kuat..di dadanya.

Perlahan-lahan dia menghulurkan tangannya,sedikit mengigil tangannya bile pengantin lelaki ingin meyarungkan cincin.

“cium tangan suami tu,liyana” arah ibuku, walaupun perlahan namun dirasakan bagai ada arus elektrik yang kuat mengalir di badan.

“liyana…liya..” fina telah mencuit lengan liyana dan melirikkan matanya kearah tangan fazril..yang sudah sah menjadi suami ku. Demi maruah keluarganya,tangan itu di sambut juga,namun di cium seadanya saja.

“sekali lagi liyana.gaya macam tadi..tp lama sikit ye..”

Liyana sempat menjeling pada jurugambar tu.kang ada yang lebam biji mata aku buat.isshhh…rimas betul la!.namun disebabkan mata yang banyak memandang ke arahnya…tangan suaminya disambut kedua kali untuk di cium dan kali ni agak lama.

Kini jiwa fazril sudah menjadi tenang.walaupun perkahwinan ini tidak dirancang..dan liyana terpaksa menjadi isterinya tanpa rela, namun dia tetap lega..kerana liyana isterinya.bagaimana dengan jasmin? Jasmine sudah di buang jauh-jauh dari hatinya..sejak dia membatalkan pertunangan di saat pernikahan mereka. Dan aku berjanji,akan menjaga dan menyayangi isteriku sebaik-baiknya.itu janji ku.

Dengan penuh kasih dahi liyana dicium.cantik,desis hati fazril. Berderau darah liyana dengan aksi spontan fazril yang mencium dahinya.merah pipinya terus..namun sempat dia mendogak melihat fazril yang hanya tersenyum kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience