BAB 9

Romance Completed 15215

Liya masih mengemas di dapur selepas selesai makan malam. Seronok hatinya bile ayah memuji masakkannya sedap. Aik!! senyap je rumah..tadi dengar jugak suara ayah ngan suamiku bersembang. Mak memang dah lama masuk bilik berehat..sebab penat.hermm..setelah selesai semuanya,liyana ke ruang tamu.Cuma fazril sahaja yang ada menonton tv.

“Awak…mana ayah?” Tanya liya sambil duduk di sebelah fazril.

“Dah masuk bilik..berehat.” jawab fazril..sambil mata masih tumpu pada siaran di tv

“Awak..malam karang kite nak tidur macam mana ni?”

“Tidur macam biasala…pejam mata tidur.Ke…liya nak abang peluk and dodoikan ”

“Ish..main-main plak dia ni. jangan ngada-ngada la..liya bukan budak kecik nak didoidoikan.Dah la..liya naik atas dulu” tersenyum fazril bile liyana sdah naik ke atas.Hermm…lagi mahu Tanya macam mna nak tido,dia sendiri dah ada jawapannya..confirm bantal peluk dia akan letak di tengah-tengah.liya..liya…bile la nak di bukanya pintu hati untuk abang.Boleh ke aku bertahan..hari plak nak hujan.

“aaaarrrrgggghhhh..!!! ”

liya menekup mulutnya dengan bantal agar orang lain tak terkejut dengan jeritanya.dia cukup takut dengan kilat dan bunyi guruh yang kuat.mana fazril ni..kenapa dia tak naik tidur lagi. Jam di dinding di lihat pukul 2pagi. Dia tertido dekat bawah ke. Pang…!!!!! airmata liya mula mengalir bile bunyi guruh yang kuat kedengaran.

Fazril terkejut bile terdengar bunyi guruh. “yaallah…tertido di sofa rupanya aku.”

Tv ditutup..lalu dengan mata yang masih mengatuk fazril menaiki tangga menuju kebilik.Setelah dia menolak pintu bilik dia terkejut..bile terdengar bunyi guruh dan suara orang menjerit.sape yang menjerit, di lihatnya liya..sedang berselubung habis..bahagian selimutnya pun di gulung habis pada dirinya. Apabila fazril membaringkan diri di katil..dia terdengar suara liya..teresak-esak dalam selimut.tanpa ragu-ragu, di tariknya selimut liya.

“Liya…kenapa ni?” tibe-tibe bunyi guruh yang agak kuat kedengaran..secara drastik liya terus merangkul leher fazril sekuat-kuatnya.teresak-esak dia di dada fazril .kini,baru la dia sedar..yang isterinya takut pada bunyi guruh. Tangan fazril mengusap belakang liya agar ketakutnya reda..di cium dahi liya..agar isterinya merasa tenang.

“sayang..dah..dah… jangan nangis teruk-teruk macam ni,abang ada ni.”

“sa…ya… ta..kut!!! awak pergi mana tadi? Kenapa lambat naik atas?” teresak-esak liyana seperti budak kecik.Fazril berasa simpati dengan isterinya.dilapnya air mata liya..dengan ibu jari.Di cium dahi dan pipi isterinya, agar ketakutan isterinya hilang. Dilihat isterinya tidak menghalang langsung perbuatannya.dengan perasaan yang sedikit gementar..fazril mencium bibir isterinya.lama..namun liyana sedikit pun tidak membantah.fazril melihat muka isterinya..takut jugak liyana marah,namun sedikit pun tiada tanda marah di wajah isterinya.

“liya kite tidur ye..dah lewat pagi, jangan nangis lagi.abang ada..abang takkan tinggalkan liya.kite tidur ye sayang..”

Liyana hanya megangguk sahaja. Dengan perlahan fazril merebahkan liyana ke tilam dan ditarik liyana ke dalam pelukannya.tanpa segan liyana turut membalas pelukkan fazril. Kerana disitu,dia merasakan dirinya..amat selamat dan selesa. Didalam hati..fazril berasa amat bersyukur sangat-sangat..doa dia agar liyana dapat menerimanya telah termakbul dan didengari oleh –NYA. Kerana peristiwa hari ini,menyebabkan liyana sudah boleh membukakan pintu hati menerimanya, walaupun tiada pengakuan tanpa kata yang diluahkan tapi dari segi gerak tubuh dan respon yang diberi..walaupun cume pelukkan dari liyana,namun dia tahu..liyana sedang cube menerima dirinya sepenuhnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience