BAB 1

Romance Completed 15215

Kenapa mesti liya?”

Namun kata-kata itu tidak sempat di dengari ibunya,kerana telephone sudah di letak. Apa yang pasti..dia perlu pulang ke kampong minggu depan,untuk majlis pernikahannya.

“Aaaaarrrr..!!!!! kenapa mesti aku?” liyana menjerit semahu-mahunya di dalam bilik. Semuanya bagaikan tidak kena pada dirinya. Hatinya benar-benar sakit dan sedih.

“Kenapa mesti aku yang perlu berkorban, aku masih belajar. Ibu tak fikir ke perasaan aku?” Marah liyana lalu menghepaskan badan ke katil, teddy poohnya di tarik dalam pelukkan. Ini semua gara-gara sepupuku,di sebabkan tunangnya tiba-tiba meminta putus, aku plak di jadikan mangsa untuk bernikah dengannya.

“Ooi! Kau apasal menjerit-jerit macam mati laki tadi. Dari bawah aku nak naik tangga,aku dengar suara kau tau. Terperanjat aku tahu tak?”. Bebel fina..sebaik sahaja masuk ke dalam bilik. Geram sungguh dia..melihat si liyana yang tidak mempedulikan katanya, di tariknya..pooh yang menutupi muka liyana.

“liya…kenapa ni,kenapa kau nangis? Wei…wei..sori la,aku tak sengaja tinggikan suara kat kau, kau jangan la nangis. Asal tiba-tiba kau jadi sensetif ni..bukan kau sama ngan aku ke, brutal+coo=relex?”. Tersenyum liyana..mendengarnya. Hah! terperanjat la tu..tengok aku menangis,tahu takut…heheheee.

“hah! Senyum pun…selamat dah normal.amin…”

Terus tergelak liyana mendengar ungkapan kawannya sambil mengelap air mata yang hampir kering. liyana menepuk-nepuk tilamnya..menyuruh fina duduk di sebelah.

“Oi!! Sakitla..asal kau cubit pipi aku?” laju tangan fina mengosok pipinya, bagi menghilangkan rasa cubitan ketam liyana yang sangat berbisa.

“Ini upah kau..sebab buat lawak bengong! Apa..kalau aku nangis,kira tak normal la aku ni ye..siap aminkan lagi.” Fina Cuma tersenyum sambil mengosok pipinya.

“Fina..sorry buat kau terperanjat…aku bukan nangis sebab mati laki..tapi aku nangis sebab minggu depan aku dah nak dapat laki.” Melopong mulut fina mendengar kata-kata liyana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience