BAB 3

Romance Completed 15215

“Ngantuknya..patutla..dah jam 12.30malam rupanya”

ishhh..mana si fazril ni…tak reti-reti nak masuk tidur ke?. kang aku kunci gak pintu bilik ni.baru padan muka! .kalau aku kunci,confirm jadi berita hangat makcik-makcik kat kampong ni. “pengantin lelaki tidak dapat masuk bilik..pada malam pertama” hehehe…tersengih liyana dengan..imaginasinya sendiri.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka.terkejut liyana..jelas sungguh mukannya yang terkejut tu.hampir tergelak fazril melihat reaksi isterinya, namun di kawal sehabis boleh.

“isshhh…awak ni..main nak masuk je.lain kali ketuk la dulu. Buat orang terperanjat je. Kalau rasa nak tergelak..gelak je la! tak payah nak cover-cover.” .geram sungguh hatinya melihat senyuman fazril..yang susah nak ditafsirkan jenis senyuman apa.

“kenapa liya tak tidur lagi.liya tunggu abang ye?.” senyum fazril sambil menuju kearah katil, dimana liyana sedang duduk merenunugnya.sungguh hati liyana tidak tenteram bile fazril tiba-tiba membaringkan badan di sebelahnya.fazril tahu..liyana ketakutan dan tidak selesa,tapi dia terpaksa berbuat begini..bagi merapatkan hubungannya dengan liyana.

“awak..dah ngantuk ke,saya ada benda nak cakap ni?”

“apa dia..cakap la..saya dengar.” Fazril bagun dari pembaringannya,lalu duduk menghadap liyana.

“ke..kenapa awak pilih saya sebagai calon yang mengantikan tempat tunang awak? Awak takde perempuan lain ke..kenapa mesti saya yang jadi mangsa?”. Fazril tidak terperanjat dengan pertanyaan liyana.kerana dari awal lagi..dia sudah mengagak..yang liyana akan bertanya mengenai hal ini.

“liya…maafkan abang,abang faham perasaan liya..abang tahu..liya tidak rela dengan pernikahan ni.tapi….”tidak sempat fazril menghabiskan ayatnya..liya sudah memotong

“awak tipu..! kalau awak paham perasaan saya..kenapa awak teruskan jugak pernikahan ni..kenapa awak tak batalkan je atau cari perempuan lain.kenapa?” tanpa di sangka air mata liyana mengalir..

Fazril cuba mengelap air mata liyana.namun ditepis liyana dengan kasar..liyana terus membaringkan badannya..dan meletakkan bantal peluk di tengah-tengah antara mereka, sambil menutup seluruh tubuhnya dengan selimut.dia tidak hirau lagi..dengan perasaan fazril..kerana hatinya benar-benar sakit. Fazril hanya membiarkan sahaja..liyana dengan perasaannya,kerana dia tahu..kalau dia cuba mendekati liyana untuk memujuk..liyana akan lagi bertambah benci padanya.

“liya…abang tak pasti,liya dengar atau tidak.tapi abang berjanji akan memberi kebahagian kepada liya..dan tidak akan menyakiti hati liya. Berilah abang peluang untuk mengenali diri liya dengan lebih rapat dan mencintaimu sayang. Maafkan abang..jika liya rasa terseksa..diatas pernikahan ini. Abang tidak berniat menyakiti hati liya..tapi abang tahu..pilihan ibu tidak akan salah..dan abang berjanji akan menjaga dan menyayangi liya sebaik-baiknya. Berilah abang peluang untuk mencintai liya. Selamat malam sayang…”

Di dalam selimut..liyana mendengar luahan suaminya,walaupun kata-kata fazril seperti berbisik..namun cukup jelas kedengaran di telinganya.hatinya tidak keruan.debaran hatinya tiba-tiba kembali bergendang laju..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience