BAB 10

Family Completed 5014

Nuraina berlalu dari situ. Sedih mengenangkan nasib kawannya. Suaminya sedang bersedih tapi bukan kerana Khadijah.Malahan dia juga tidak tahu yang kedua dua insan seorang yang di sayangi dan seorang lagi yang menyayangi sedang bertarung nyawa. Namun doa hanya Luqman panjatkan pada Erma bukan Khadijah.

3 jam berlalu. Seorang doktor keluar menemui Luqman. Nuraina hanya mencuri dengar apa yang di sampaikan doktor.

“Encik Luqman, isteri encik selamat”.”Alhamdullilah” , nampak keceriaan di wajah Luqman.

“Emm tapi pihak kami mohon maaf.Kami telah cuba sedaya upaya tapi ALLAH lebih berkuasa. Anak encik tidak dapat di selamatkan”.

Terduduk kaku Luqman di tepi pintu. Menyesal kerana tidak berada di rumah semasa Erma jatuh. Menangis Luqman di situ. 10 minit kemudian Doktor Halimah keluar menemui Nuraina. Nampak gusar di wajahnya.Dia memegang bahu Nuraina.

“Maaf Nuraina, nampaknya Allah lebih menyayangi Khadijah. Kepakaran kami tidak mampu melawannya.”

Nuraina tidak dapat membendung kesedihannya. Esak tangisnya semakin galak. Luqman yang berada di situ terkejut dan baru tersedar yang Nuraina menantikan seseorang tapi siapa. 5 minit kemudian jururawat menolak troli. Ada seorang bayi comel. Nuraina melihat doktor Halimah mohon penjelasan.

“Kami hanya dapat menyelamatkan satu nyawa puan Nuraina”.

Luqman menghampiri Nuraina yang masih menangis tersedu sedan. Nuraina memandang Luqman dengan satu pandangan yang tajam. Dia mengeluarkan sepucuk sampul surat lalu di berikan pada Luqman. Luqman diam namun mohon penjelasan.

“Surat dari Khadijah. Khadijah sudah pergi meninggalkan kita semua.Pergi bersama rindunya Luqman”.

Luqman terkaku. Baru saja dia menerima satu perkhabaran duka.

“Ya ALLAH hukuman atau dugaan apakah ini Ya ALLAH”.

Luqman duduk di sebelah Nuraina. Di bukanya perlahan sampul surat. Di bukanya cermat lipatan surat itu..

“Buat suami tersayang….

Khadijah rindu abang. Lapan bulan hidup tanpa abang di sisi adalah satu penyeksaan yang terlalu berat buat Khadijah.

Malam Khadijah sunyi. Siang Khadijah gelap. Makan Khadijah tak berteman. Tidor Khadijah dingin. …

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience