BAB 5

Family Completed 5014

Khadijah tidak sabar untuk menyampaikan berita gembira itu. 10 tahun penantian itu sudah terbalas.

“ Ya ALLAH aku bersyukur kehadrat mu di atas rezeki ini. Sesungguhnya hanya pada mu ku bermohon ya ALLAH”.

Khadijah mengangkat gagang talipon. Dia mendail nombor talipon rumah Luqman. Hatinya berdebar ,senyum menguntum di bibir.

“Hello” , terdengar suara perempuan menjawab panggilan.

“Assalamualaikum , boleh bercakap dengan abang Luqman?”. Terdengar gagang talipon di letakkan. Khadijah tersentak namun cepat-cepat dia beristighfar. Bukan sekali dia di perlakukan begitu. Lebih teruk ada kala ia melemparkan kata – kata kesat pada Khadijah, namun semua itu di diamkan saja oleh Khadijah. Dia tidak mahu ada pergolakan antara Erma dan Luqman. Dia ingin Luqman sentiasa bahagia. Kebahagian Luqman adalah tanggungjawab Khadijah sebagai isteri. Itu yang sering Khadijah tekankan pada dirinya sendiri.

Khadijah mengambil handsetnya lalu menalipon handset Luqman.

” Ah sayang, Kenapa call?” Alhamdullilah Luqman menjawab panggilannya kali ini.

“Assalamualaikum abang. Dah lama abang tak balik. Tijah rindu. Abang balik la. Tijah masak special untuk abang”. Begitu lembut Khadijah bersuara. Tidak pernah Khadijah berkasar apalagi memasamkan raut wajahnya pada Luqman walau hatinya sering terluka.

“Emmm abang tak dapat balik lah sayang. Esok abang nak pegi

bercuti ke Perth dengan Erma. Lagi dua minggu baru abang balik. Nanti lah abang balik rumah Tijah> Sorry tak sempat nak bagitau Tijah”.

“Oh abang nak pergi honeymoon ye? Taka pa la abang. Ok abang take care. I love you”. Khadijah cuba menahan air mata yang sudah bertubir di bibir mata namun cuba di sembunyikan dan cuba melembutkan intonasi suaranya agar suaminya tidak tahu akan kekecewaan di hatinya kala ini. Luqman tak membalas apa-apa terus mematikan perbualan mereka.

“Ya ALLAH ,tuhan yang maha mengasihi. Permudahkanlah setiap langkah abang Luqman dan peliharalah ia daripada sebarang kecelakaan dan kemudaratan.Aminn”

Baru 30 minit berbual dengan Luqman, handset Khadijah berbunyi. tertera perkataan

“hubby”. Dengan gembira Khadijah menekan punat hijau di handsetnya.

“Assalamualaikum”, seperti biasa Khadijah akan memberi salam sebelum memulakan setiap perbualan.

“ KHADIJAH!!Abg tak sangka selama ini Khadijah hanya berlakon dalam kelembutan. Abang cukup menyanjungi pekerti Khadijah selama ini. Rupanya itu semua palsu!!”.

Terkejut Khadijah ketika itu. Bukan Luqman tidak pernah marah namun hari ini kemarahan Luqman berlainan dan apa sebabnya?

“Abang, kenape ni? Cuba bawa mengucap. Jelaskan kat Tijah apa kesalahan Tijah kali ini. Mungkin ada yang Tijah tidak senghajakan atau tanpa sedar.”.

Sudah lah berlakon tu Tijah. Abang tak sangka selama ni Tijah duri dalam daging. Sanggup Tijah maki Erma. Rupanya selama ini Tijah sering menganggu Erma. Erma sudah cukup tertekan Tijah. Erma terlalu menyanjungi Tijah dan sering memuji Tijah.Hari ini kesedihannya dan kesabarannya tidak terbendung. Tijah tuduh dia merampas kebahagian Tijah dan abang. Tijah maki dia perempuan tak baik. Keturunan jahat?!! Itukah Khadijah isteri abang?! Tijah call abang tadi saja nak mengaburi mata abang?!!”

Tijah menangis di hujung talian.

“Tijah!10 tahun abang menanti sekarang Erma mengandungkan zuriat abang. Abang tak nak Tijah melukakan hati Erma lagi. Kali ini abang maafkan Tijah lain kali entah lah.” Belum sempat Khadijah bersuara terdengar Luqman sudah mematikan talian di hujung sana.

Tersenyum puas Erma di sebalik dinding mendengar Luqman memarahi Khadijah.

“Padan muka!” Erma sakit hati pada Khadijah kerana Luqman sering memuji kebaikan Khadijah. Tidak ada cacat cela pun Khadijah di mata Luqman. Erma juga turut memuji agar Luqman tidak tahu betapa hatinya cukup benci pada insan yang bernama

“KHADIJAH”. Hari ini jarum Erma masuk ‘lubang”. Setiba Luqman di hadapan pintu dia berpura menangis teresak esak. Di desak Luqman untuk memberitahu kenapa dia menangis sebegitu rupa.

” Tak apa la abang. Erma tak nak abang dengan kak Tijah bergaduh di sebabkan Erma”. Berderau darah Luqman bila Khadijah di sebut. Isteri yang mithali yang tidak pernah melukakan hatinya.

“Dugaan apakah ini”, detik hati Luqman.

“Dah la sayang, jangan menangis. Mungkin kak Tijah tertekan. Dah hampir 4 bulan abang tak balik rumah sana. Erma kena paham” , pujuk Luqman. Namun jauh di sudut hatinya dia cukup geram dan rasa tertipu oleh keperibadian Khadijah. Mana kesabarannya? Mana kelembutannya? Luqman geram, marah namun tidak di tunjukkan di depan Erma.

“Erma , abang haus dan lapar. Boleh buatkan abang minum petang tak?” Erma mengangguk meluru keluar bilik.Dalam hati Erma cukup sakit kerana Luqman masih menyebelahi Khadijah.

Semasa di dapur terdetik hati Erma untuk memeriksa keadaan Luqman. Sedih kah dia? Erma dengan perlahan mengintai di balik pintu yang terbuka sedikit. Terdengar Luqman tengah marah. Berbunga hati Erma. Tergambar kepuasan dari senyumnya.

Khadijah menangis. Di mana silapnya. Resah. Rindu. Kenapa Luqman bersikap begitu.

“Takpe la esok lusa redalah kemarahannya” , pujuk Khadijah pada dirinya.

“ Hmmm Erma mengandung? Alhamdullilah. Ya ALLAH aku bersyukur kepadamu yang telah memberikan zuriat pada abang Luqman melalui Erma dan pada diri ku. Sungguh besar kuasa mu YA ALLAH”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience