BAB 1

Family Completed 5014

“Kalau sudah nekad itu keputusan abang , maka tiadalah kudrat saya untuk menghalangnya bang”. Air mata jernih masih tersisa di pinggir matanya namun senyumnya sentiasa terukir untuk Luqman. Luqman mencium dahi Khadijah. Tiada kata yang dapat di ucapkan. Terlalu luhurnya hati Khadijah. Hati lelakinya lebur jua. Air mata tidak mampu di bendung.

“Abang, Khadijah tetap sayangkan abang. Tijah ikhlas abang, cuma satu Tijah minta. Abang jangan sisihkan Tijah. Hanya abang yang Tijah ada dalam dunia ini”. Luqman mengangguk. Dia sedar Tijah anak tunggal. Ayah ibunya juga sudah meninggal dunia selepas pernikahan mereka akibat kemalangan jalan raya. Luqman memeluk Khadijah erat dan membaringkan Khadijah.

“Assalamualaikum” , sambil mengecup kening Khadijah. Biarlah malam itu malam yang terindah bagi mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience