BAB 9

Family Completed 5014

Nuraina menangis di sisi katil.

“Ish Aina ni hodoh la awak menangis. Redha dengan ketentuan ilahi. Doakan keselamatan bayi I”.

Document pembedahan terpaksa Nuraina yang menandatangankan. Khadijah tidak mahu Luqman tahu. Mereka terpaksa menipu pihak hospital yang suami Khadijah tidak ada di dalam negeri dalam waktu terdekat dan satu-satunya orang terdekat dengan Khadijah hanya Nuraina.

“Aina, if something happen to me tolong berikan surat ni pada Luqman”.

Aina hanya mengangguk. Air matanya belum mahu berhenti. Khadijah turut menangis..Aina memehatikan Khadijah di bawa ke bilik pembedahan.

Aina duduk di kerusi di luar bilik pembedahan. Setiap detik terasa lama. Sekejap berdiri.Sekejap duduk.

“Ya ALLAH selamatkan lah Khadijah.

Kedengaran suara perempuan mengerang berhampiran dengan tempat Nuraina menunggu.

“Abang Erma sakit”. Kelihatan darah penuh di baju perempuan itu. Nuraina perhatikan lagak keduanya.

“Luqman?”.

Nuraina menghampiri Luqman yang memerhatikan Erma di usung masuk ke bilik pembedahan.

“Luqman, what is wrong?”

“Erma jatuh tangga”, nampak resah di wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience