BAB 11

Family Completed 5014

Abang,

Khadijah mengandung anak abang. Khadijah gembira abang akan jadi ayah pada dua orang anak yang bakal lahir. Maafkan Khadijah. Bukan Khadijah merahsiakan. Setiap kali Khadijah ingin sampaikan perkhabaran gembira, abang terlalu sibuk dengan urusan abang yang lain. Khadijah tidak cemburu apa lagi membenci. Khadijah paham penantian 10 tahun membuatkan abang inginkan yang terbaik pada Erma sampai abang lupa tanggungjawab abang dan janji abang pada Khadijah.

Khadijah hanya manusia biasa. Namun Khadijah mahu abang gembira walau bukan kegembiraan itu datangnya dari Khadijah.

Ajal Khadijah sudah menjemput. Khadijah tinggalkan mata hati Khadijah untuk abang sebagai hadiah hari perkahwinan kita. Khadijah akan di operasi pada hari perkahwinan kita abang.Pada masa abang membaca warkah ini bermaksud Khadijah sudah tidak ada di dunia ini lagi.

Khadijah harap abang dan Erma dapat menjaga anak kita dengan baik. Khadijah tidak pernah membahagiakan abang selama 10 tahun bersama.Maafkan Khadijah abang.

Abang… I love you .Khadijah rindukan abang.. terlalu haus rasanya untuk merenung wajah abang namun yang ada cuma gambar penghilang rindu..Halalkan makan dan minum. Maafkan segala dosa Khadijah.

Love always,

Khadijah

Terkulai Luqman tanpa bicara. Kelihatan atenden sedang mengusung jenazah keluar dari bilik operasi. Jenazah Khadijah. Dengan cepat Luqman dan Nuraina menghampiri. Di buka selimut yang menutupi wajah isterinya. Ingin saja ia memeluk Khadijah namun sudah terlambat. Mata Khadijah rapat. Bibirnya seperti tersenyum. Wajahnya terlalu bening dan tenang.

Terasa rindu mengamit di hati. Tergambar seluruh kenangan bersama Khadijah selama 10 tahun bersama. Terimbas kembali setiap kali Khadijah mohon pengertian supaya suaminya balik ke rumah walau hanya sekejap dan setiap kali itulah bayi yg di kandung Erma sebagai alasan.

Bayi yang baru lahir di usap Luqman lembut.

“Duhai anakku sayang, lembut sungguh rupa parasmu, suci dan tenangnya melihatmu membuat aku bertambah rindu pada ibumu. Sunggu aku rindu pada ibumu. Aku merinduimu Ija. Walau kini jasadmu tiada namun kasih sayang mu masih berbekas, pergilah Ija ku sayang, selagi abang bernafas selagi itu doa dan zikrullah ku kirim, ampunkan dosaku.’’ Tangisan lelakinya membasahi pipi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience