BAB 7

Family Completed 5014

Nuraina mencuit bahu Khadijah.”Cik Khadijah kenapa termenung?Kata orang-orang tua tak elok termenung masa mengandung, nanti baby dalam kandungan tu pun kuat termenung”.

Khadijah cuma tersenyum sambil menyambut cawan berisi milo yang di buatkan Nuraina untuknya. Sejak berbadan dua Nuraina lah yang membancuhkan minumannya d pejabat kerana sejak

kebelakangan ini Khadijah sering mengadu sakit perut. Setiap kali Nuraina bertanya Khadijah memberi alasan pembawaan budak. Nuraina lah satu-satunya sahabat yang memahami.

“Aina, petang ni I ambil halfday. I ada hospital appointment”. Nuraina mengangguk.

“Drive tu elok-elok. Bila bejalan jangan laju sangat macam lipas kudung. Sekarang ni awak carry satu lagi nyawa tau”. Khadijah mengangguk . Di lemparkan senyuman pada Nuraina.

Talipon pejabat Khadijah berdering. Khadijah mengangkat gagang talipon.

“Assalamualaikum,”.

“Tijah!ni aku ni Erma”.

“Oh Erma.Apa khabar? How’s the baby dear?”.

“Ah tak payah basa basi la Tijah. Aku nak kau jangan kacau abang Luqman lagi. Jangan cari abang Luqman. Dia dah tak sayang awak la. Kau tu perempuan mandul!”… kedengaran bunyi gagang talipon di hentakkan dengan kuat.

“Astaghfirullahalaziim”, mengucap Khadijah di dalam hati. Tanpa sedar Khadijah menangis. Dengan pantas dia menyeka air matanya. Dia tidak mahu Nuraina melihat akan kesedihannya.

“Sapa call tadi Tijah?”. Khadijah tersenyum.

“Ish minah ni senyum plak die”.

“Salah nombor la . Dia cari jiran sebelah”, Khadijah ketawa kecil.Nuraina membesarkan matanya. Kemudian mereka ketawa memecahkan kesunyian ofis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience