BAB 4

Romance Completed 5362

“Maksud mummy?”

“Kalau Akif kahwin dengan Yana, Akif bukan anak mummy dengan daddy lagi. Akif tak berhak dapat satu sen pun dari harta kami. So, Akif rasa Akif akan bahagia ke hidup dalam kemiskinan?” soal Puan Sri Raja Adibah sambil meninggalkan Akif keseorangan di ruang tamu mewah itu.

SEWAKTU Yana tiba di tempat letak kereta, dia terkejut melihat Akif sedang bersandar pada keretanya. Yana mengeluh. Pasti lelaki itu ingin memohon penjelasan berkaitan dengan perpisahan yang dimintanya malam tadi.

Lambat-lambat Yana menghampiri keretanya. Dia cuba berlagak selamba dan pura-pura tidak ambil kisah dengan kehadiran lelaki itu. Alarm kereta ditekannya. Sewaktu dia ingin membuka pintu kereta, tiba-tiba lengannya dipegang.

“Kenapa awak buat saya macam ni?” soal Akif.

“Akif, anggap je kita tak ada jodoh,” perlahan sahaja nada Yana. Dia merentap tangannya dari pegangan Akif.

“Awak tak boleh buat saya macam ni. Saya sayangkan awak.”

“Tapi hubungan kita takkan ke mana-mana selagi mummy awak tak restui kita.”

“Yana… Kita kahwin?” soal Akif. Melihat dahi Yana berkerut, dia menyambung “Kita kahwin. Lepas kahwin baru kita beritahu mummy. Lama-lama nanti pasti mummy akan setuju. Nak-nak kalau kita bagi dia cucu.”

Yana tersenyum. Penuh sinis. “Mudahnya. Habis tu, kalau mummy awak still tak setuju macam mana?”

“Saya tak kisah. Saya tetap sayangkan awak.”

“Means awak sanggup jadi anak derhaka kerana saya?”

“Bukan tu maksud saya,” sangkal Akif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience