BAB 1

Romance Completed 5362

YANA termenung di meja belajarnya. Dia benar-benar buntu saat ini. Kenapa derita tak pernah berhenti menjengah dirinya?Kenapa bahagia hanya seketika? Dia mengeluh. Namun, seketika kemudian, dia mula beristifar. Teringat pesanan seniornya suatu ketika dahulu; orang yang suka mengeluh adalah orang yang tak tahu bersyukur. Kenapa kita nak mengeluh sewaktu menghadapi ujian Allah sedangkan nikmatNya yang Dia beri pada kita tak terhitung nilainya. Bahkan, dalam ujian Allah yang sedikit itupun, masih ada kesenangan untuk kita. Jadi, untuk apa kita nak mengeluh?

Dia bangkit dari duduknya dan menuju ke arah bilir air untuk berwuduk. Dia ingin memohon petunjuk dari Ilahi agar dia dapat membuat keputusan yang terbaik.

“WHAT?!” Akif benar-benar terkejut. Sekali lagi dia mendengar kata-kata yang sama daripada Yana untuk kali keempat.

“Again? Awak tahu tak yang masuk kali ni saya dah lamar awak emapat kali, Yana. 4 kali! Dan sekali lagi awak cakap yang awak belum bersedia?” tinggi nada yang digunakan Akif. Mujurlah ketika itu mereka berada di tempat yang sedikit tersorok. Jika tidak, pasti mereka akan menjadi perhatian.

Melihat keadaan Akif itu, Yana tahu Akif benar-benar marahkan dirinya. Oleh sebab itulah dia hanya mendiamkan diri di tempat duduknya.

“Please Yana. Tell me the truth. Kenapa awak buat saya macam ni?”

“Sa.. Saya belum bersedia,” buat kesekian kalinya, Yana memberikan alasan yang sama.

“Masa setahun yang saya bagi dekat awak tu masih tak cukup ke? Saya tak sangka sekali lagi awak akan bagi alasan yang sama,” Akif mengeluh. Dia menyandar ke kerusinya. Wajah Yana dipandangnya tajam. Dia seakan tidak percaya bahawa Yana sanggup menolak lamarannya sekali lagi. Sebelum ini, sudah tiga kali Akif melamar gadis itu, namun ditolak dengan alasan belum bersedia dan Akif masih boleh terima keadaan itu namun kali ini, tidak lagi. Kesabarannya sudah hampir tahap minima.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience