BAB 5

Romance Completed 5362

“Habis tu apa?! Sekarang bolehlah awak cakap apa sahaja. Tapi cuba bayangkan kalau kita kahwin tanpa restu family, then something happen to us, macam mana?”

“Yana…”

“Awak tahukan sejarah family saya macam mana? Saya tak nak anak-anak saya nanti hidup macam saya adik-beradik. Parents saya kahwin tanpa restu family. Mereka dibuang keluarga. Tahun pertama, kedua memanglah bahagia. Tapi bila dah banyak sangat masalah, semua nya rebah tersungkur. Saya tak kisah jika kami hidup terbuang tanpa saudara mara tapi saya tak boleh terima bila parents saya saling menyalahkan satu sama lain kerana perkahwinan mereka. Hari-hari mereka bergaduh, then bercerai. Hasilnya? Saya dan adik saya kurang kasih sayang. Saya tak nak semua tu berlaku lagi. Saya tak nak anak-anak saya nanti rasa apa yang saya rasa,” kata Yana dengan juraian air mata.

Melihat air mata yang mengalir laju, membuatkan Akif rasa bersalah. “Yana, I’m sorry.”

“Tolong fahami saya, Akif. Hanya itu yag saya minta.”

“PUAN Sri jangan risau, saya takkan biarkan Akif membelakangi Puan Sri. Saya takkan kahwin dengan Akif tanpa restu Puan Sri. Jadi, Puan Sri tak perlu risau,” kata Yana. Pagi tadi, tidak disangkanya, dia mendapat panggilan daripada wanita itu untuk mengajaknya bertemu tengahari itu.

“Boleh ke saya percaya pada awak ni?” soal Puan Sri Raja Adibah. Dari nada yang digunakannya, Yana sedar wanita itu tidak mempercayainya.

“Puan Sri jangan risau, saya seorang yang berpegang pada janji. Lagipun, saya tidak sanggup menjadi penyebab seseorang itu menjadi anak derhaka. Sebab saya percaya jika hari ini saya menjadi punca seorang lelaki mendehaka kepada ibunya, tak mustahil nanti anak saya pula yang sanggup menentang saya kerana seorang perempuan.”

Melihat Puan Sri Adibah diam tidak membalas, Yana menyambung. “Apa pun, saya ucapkan terima kasih pada Puan Sri kerana telah menyedarkan saya. Walaupun Allah tak membezakan manusia dengan harta atau pangkat, tapi pada pandangan manusia, semua tu masih penting. Agaknya mereka terlupa yang harta, pangkat dan semua tu pun datang daripada Allah. Allah tu Maha Berkuasa, bila-bila masa Dia boleh beri kita nikmat, dan bila-bila masa juga dia boleh tarik nikmat yang Dia beri tu. Saya minta maaf jika Puan Sri tersinggung dengan kata-kata saya. Saya minta diri dulu,” terus Yana meninggalkan wanita itu. Tiba di luar restoran mewah itu, air matanya mengalir perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience