BAB 7

Romance Completed 5362

Allah uji kita sebab Dia tahu kita mampu lakukannya. Jgn lupe bykkan berdoa sbb Allah rindukan rintihan hambaNya. Kdg2 Allah bgi kita ujian sbb Dia nak kita selalu igt pdNya,. Spaya kita dekat denganNya.Jadi, kita kena bykkan berdoa n bersabar. Besar gnjarannya taw bgi orang yg brsabar.

“Kami membalas org2 yg sbr dengan mmberikan pahala yg lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan” surah al Nahl:96

Dia membacanya berulang kali. Intan memang sahabat yang baik kerana sahabatnya itu sering memberinya kekuatan tatkala dugaan menimpanya. Yana membuka mesej yang lain pula. Sememangnya mesej-mesej nasihat daripada rakan-rakannya tidak akan dipadam dari memori telefonnya. Jika dia terasa sukar seperti hari ini, dia pasti membaca kembali mesej-mesej tersebut untuk membari kekuatan kepadanya.

YANA berlari-lari anak. Seluruh ruang itu diperhatikannya, mencari wajah yang hamper dua minggu tidak ditemuinya. Lebih sejam yang lalu, dia mendapat panggilan telefon daripada seseorang yang amat mengejutkannya. Puan Sri Raja Adibah. Dalam teragak-agak dia tetap menjawabnya.

“Yana, Akif dah nak pergi. Akif nak tinggalkan mummy. Akif nak tinggalkan kita.”

“A… Akif pergi mana?” soal Yana dengan perasaan bercampur baur.

“Akif nak pergi UK. Yana tolong haling dia. Mummy tak sanggup biarkan dia pergi dari mummy. Mummy sayang dia. Mummy restu hubungan kamu berdua.”

“Bila flight Akif?”

“Pukul empat.”

Yana terus memandang jam tangannya yang dihadiahkan oleh Akif sempena hari lahirnya tidak lama dulu. “Okey. Saya pergi KLIA sekarang jugak,” tanpa menunggu balasan Puan Sri Raja Adibah, Yana terus memtikan talian. Tas tangannya dicapai dan dia terus menuju keluar dari pejabatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience