BAB 9

Romance Completed 5362

Akif masih lagi tergelak. Kali ini lebih kuat. “Empat kali saya lamar awak tapi awak tolak. Tak sangka lamaran kali kelima ini dah terbalik. Awak pula yang lamar saya. Agaknya awak sengaja tak?” usik Akif.

“Akif!” marah Yana sebaik sedar Akif mempermainkannya.

SEBULAN KEMUDIAN.

Hari ini hari bersejarah buat Diyana Ahmad Fuad kerana hari ini dia selamat diijab kabulkan dengan lelaki yang amat dicintainya, Tengku Akif Farhan. Selepas pertemuan mereka di KLIA sebulan yang lalu, Akif terus membawanya bertemu dengan keluarga lelaki itu. Paling mengejutkan mereka berdua, sebaik sahaja tiba di banglo mewah keluarga Akif, Puan Sri Raja Adibah memeluk mereka dengan erat dan memohon maaf daripada Yana. Betapa hati Yana tersentuh dengan kesanggupan wanita itu untuk memohon maaf daripadanya dan member restu kepada mereka.

“Sayang,” lamunan Yana terhenti apabila terasa ada tangan melingkari pinggannya. Yana menyandarkan kepalanya ke dada suaminya.

“Sayang, thanks sebab sudi lamar abang,” kata Akif.

“Hish, ni mesti abang nak usik Yana lagi kan?” soal Yana. Dia mengalih badannya. Kini mereka berdiri bertentangan.

Ketawa Akif terburai apabila melihat wajah masam isteri yang baru dinikahinya itu. “Mana ada abang usik sayang. Abang ikhlaslah.”

Yana mencebik. Sebenarnya dia tidaklah marah, cuba sekadar inginkan perhatian daripada insane yang dicintainya itu.

“Sayang, I love you. I love you so much.I love you not only for what you are, but for what I am when I am with you,” Akif mencium dahi Yana.

Terharu Yana mendengar. “I love you too, dear. I love you because you’re the only one yang sanggup lamar I empat kali. Yang sanggup setia dan sabar dengan saya.”

“Abang tak kisah sayang tolak lamaran empat kali sebab hati abang dah terpujuk bila Yana sanggup melamar abang pula. By the way, macam mana mummy boleh setuju dengan hubungan kita? Sayang dah cakap apa dengan mummy?” soal Akif, ingin tahu.

Yana mengukir senyum. Teringat pertemuannya dengan Puan Sri Raja Adibah tidak lama dahulu. “Yana cakap, mummy akan rugi kalau tak nak terima menantu sebaik Yana,” kata Yana.

Akif hampir percaya kata-kata itu sebelum dia dapat mengesan senyuman yang cuba disembunyikan isterinya itu. “Oh, pandai ye sayang nak auta abang,” kata Akif sambil tangannya cuba mencubit pipi Yana. Namun, isterinya lebih pantas mengelak dengan berlari masuk ke dalam bilik mereka. “Sayang, tunggu,”kata Akif. Senyuman bahagia terukir di wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience