BAB 6

Romance Completed 5362

“Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini. Ampunkanlah aku,” rintih Yana.

Dalam kereta, Yana menangis semahu-mahunya. Dia dan Akif berkenalan sudah lebih empat tahun. Ketika itu mereka sama-sama melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Australia. Setahun selepas itu, mereka mula rapat. Benih-benih cinta mula bercambah. Sewaktu lelaki itu hampir menghabiskan pengajiannya, Akif melamarnya. Kata lelaki itu, jika dia setuju Akif rela menunggunya di Australia sehingga dia menamatkan pelajarannya yang masih berbaki setahun itu. Namun, dia menolak kerana ingin menumpu sepenuh perhatian kepada pelajarannya. Ternyata Akif memahami niatnya.

Lamaran kedua pula datang sebaik sahaja Yana pulang ke Malaysia. Dalam dia berkira-kira untuk menerima lamaran lelaki itu, suatu hari dia didatangi oleh seorang wanita. Dari cara wanita itu, yana tahu wanita itu dari golongan atasan.. Ketika itu dia sedang bekerja sambilan di sebuah restoran sebagai pelayan. Ketika itulah, dia mengenali wanita yang bergaya itu ialah Puan Sri Adibah, ibu kandung Tengku Akif Farhan bin Tan Sri Tengku Adnan. Dia langsung tidak menduga, rupa-rupanya selama ini keluarga Akif lansung tidak menerima kehadirannya. Kerana itu, Yana memutuskan hubungannya dengan Akif dan membawa diri ke Terengganu.

Tidak sampai dua bulan dia berada di negeri keropok lekor itu, Akif berjaya menjejakinya. Bersaksikan Pantai Batu Burok, Akif melamar Yana buat kali ketiga. Saat itu, Yana sedar, sejauh mana pun dia melarikan diri, namun Akif akan tetap mengejarnya. Dia menerima kembali Akif, namun tidak lamaran lelaki itu dengan alasan yang sama iaitu dia belum bersedia.

Dan setelah hampir setahun berlalu, Akif melamarnya sekali lagi. Namun, kali ini segala alasannya tidak diterima lelaki itu. Yana sedar, dia sangat menyintai Akif. Namun tegakah dia mempertaruhkan nasibnya terhadapa perkahwinan yang tidak diretui? Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. YaAllah, kuatkah aku untuk menghadapi semua ini? Keluh Yana sendiri. Sejak akhir-akhir ini dia banyak mengeluh. Yana membuka tas tangannya. Samsung Galaxy SII dikelurkan dan dibukanya kotak mesej. Mesej yang dihantar oleh Intan, sahabat baiknya dua hari lalu dibaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience