BAB 8

Romance Completed 740

Hari ini adalah hari terakhir Zira akan bekerja di Puncak Alam.Pagi tu Oman dapat rasakan yang dia akan kesunyian selepas ini.Mereka berhubung malam tu ditalian. “zira,sok kau dah keje kat tempat barukan…?jage diri baik-baik ye..aku dah tak dapat nak ‘caring’ kau lagi macam dulu,sedangkan kalau boleh aku nak ‘caring’ kau selalu.Kau pun dah besar kan?aku pecayakan kau..jaga diri baik-baik..drive hati-hati masa pegi and balik keje..jangan lupa mesej aku.jangan lupa aku…kalau ada apa-apa,bagitau je…”panjang oman memesan pada zira.Ternyata,risaunya kali ini lebih mendalam dan dia dapat merasakan sesuatu akan berlaku antara mereka. “thank oman……kau pun keje elok-elok ok..take care always..”zira juga memesan pada oman.Sekali lagi air mata lelaki Oman mengalir.Tidak tahu kenapa hatinya sedih sekali.

Pagi itu ,zira menghantar sms pada oman. “oman,aku dah sampai da..weh,nk mintak tlong ni,topupkan aku dulu,nnt aku bayor blk..nk tepon akak tu..”tersenyum oman melihat sms dari zira. “eh,macam tau-tau je kau ni,aku baru nak telefon kau..”bisik hati oman. Malam tu Zira agak keletihan kerana berulang tempat yang agak jauh.Gadis ini tak biasa untuk berulang sejauh ini.Namun dia menyatakan pada oman yang dia seronok bekerja di tempat barunya.Oman juga tumpang gembira. “Alhamdulillah….semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan perlindungan pada kau zira..”oman berdoa dalam hati.Sememangnya nama gadis ini tidak pernah lekang dari bibirnya ketika dia memohon doa pada Allah.

Hari kedua Zira bekerja di Shah Alam,malam itu Zira tak dapat dihubungi Oman.Tertera di skrin telefon Oman ‘call waiting’. Oman berbisik dalam hati “dengan siapa dia bercakap ni..?”.Fikiran Oman berkecamuk,tak tentu hala dibuatnya.Oman melalui depan rumah Zira,kelihatan Zira baru saja sampai.Di cubanya berkali-kali menghubungi zira,ternyata zira masih bercakap di dalam talian.Sekali lagi air mata oman berlenang namun kali ini dia tak rela menitisknnya.Oman teringat akan kata-kata Oji, “oman,kalau kau nak ada hubungan serius,zira bukan untuk kau.Carilah orang lain..bukan aku nak cemburu,aku cakap camni pun sebab aku tak nak kawan-kawan aku kecewa oleh kerana situasi…kau tak salah kerana cintakan dia,dan dia jugak tak salah kerana zira memang bersikap macam tu.dia mesra man,dia mudah bergaul..keadaan yang wat korang jadi macam ni..dan kau tau kan sebab-sebabnya..?tapi kenapa kau nak ulang untuk kali yang kedua?sedangkan kau tau apa keputusannya..tak salah kau nak mencuba,tapi aku faham benar man,zira tu macam mana..”terngiang-ngiang suara oji ditelinga oman.Ternyata oji benar-benar faham akan sikap sahabat baiknya itu. “arrrrrrggghhhhhhh………….!!!!!!!!!!!!!!!!! kenapa dengan aku ni????? Bodohnya aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!…”oman menjerit keseorangan.
Sabtu itu benar-benar pahit untuk Oman telan.Apa yang di rasakan selama ini,benar-benar terjadi dan dia sedang menghadapinya.Petang itu selepas asar,Oman dah berada di hadapan pejabat Zira.Dia sendiri tak tahu kenapa dia bersikap sampai begitu sekali.Dengan hati yang kuat,Oman menanti Zira keluar dari pejabat.Tepat jam 7 Zira keluar.Oman terus ke kereta Persona milik Zira yang sejak dari tadi dia menunggu tuannya. “oman?dari pukul berapa kau tunggu aku ni..?”zira agak terkejut melihat Oman berada di situ. “dalam 4 lebih tadi..3 kali aku ada kat sini..”memang benar katanya,3 kali dia berulang alik ke Shah Alam semata-mata menunggu gadis itu.Ternyata perbuatan Oman itu silap. Oman menerima sms terakhir dari Zira pada malam itu.. “aku xde ape nk ckp lg.aku da solat n da mandi.xyah risau ok.terima kasih banyak2..nite..”. Hati oman bagai tercabut entah ke mana.Dia hilang arah.Oman terpaksa akur untuk kali yang ke dua.Semua kegembiraan bersama Zira selama ini hilang tiba-tiba.Hingga kini mereka masih tidak berhubung.Namun oman tidak pernah lupa untuk memesan pada zira akan keselamatannya.Dia tetap risaukan kawannya ini.
“bodohnya aku…kenapa aku buat semua ni..?aku hanya menyakitkan hati kawan aku sendiri..sekali pun zira membenci aku oleh kerana kebodohan dan kesilapan aku sendiri..Kau bodoh oman!kau bodoh!sanggup kau sakitkan hati kawan kau sendiri..! apa yang kau dapat bila kau buat macam tu?memang patut kalau zira nak benci atau marah kau…memang salah kau..semua ni kebodohan kau man!kebodohan kau!!….” oman marah akan dirinya sendiri.Kali ini air matanya dikeluarkan sehabis-habisnya..
Apa lagi yang boleh Oman lakukan.Dia hanya berpegang kata-katanya sendiri walaupun dia terpaksa hadapi.. Oman tidak mahu kehilangan kawan yang dirasakan cukup baik baginya.Puas dia mohon maaf pada zira,namun tak pernah dibalas lagi sms-sms dari Oman,apatah lagi panggilannya. “marah betul kau kat aku zira…maafkan aku zira…maafkan aku…” oman berbisik dalam hati.Air matanya terus mengalir….

“zira,terima kasih isi ruang hidup aku walaupun aku seorang yang merasakannya..dan kau tetap kawan aku sampai aku mati…!”oman menangis sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience