BAB 4

Romance Completed 740

Lama mereka berdiam ditalian,yang terdengar hanya tangisan seorang lelaki yang masih teresak-esak menangis sendirian.Sedih benar perasaannya,tak dapat dia nak menahan air mata lelakinya dari terus mengalir. “dah la oman..jangan la macam ni..kitakan kawan..”zira cuba memujuk.
“ye,kita memang kawan,tak lebih dari seorang kawan..maafkan aku zira.maafkan aku sebab ada perasaan macam ni dengan kau..tapi percayalah,aku tak paksa ia datang..”sayu suara oman. “aku faham dan aku percaya yang kau tak paksa perasaan tu datang,tapi aku berharap sangat kau faham dengan apa yang aku cakapkan tadi..”tenang gadis ini cuba menenangkan kawannya.
“zira,aku akan cuba buangkan perasaan ni jauh-jauh.Lepas ni,aku tak dapat nak caring kau lagi macam selalu..Tak dapat la aku nak dengar kau ketawa…bergurau…tak dapat nak bersaing pergi tempat kerja..aku pasti aku akan rindukan itu semua..aku tak berdaya zira,tapi aku terpaksa lakukan juga demi menjaga persahabatan kita..aku tak nak bermusuhan dengan kau..”panjang kata-katanya kali ni.Sambil teresak-esak dia menyuarakan kata-katanya.Zira hanya diam mendengar apa yang dikatakan oleh Oman.Air matanya sudah mula berlenang.Akhirnya,mengalir juga air mata gadisnya.Sayu dia mendengar apa yang dikatakan oleh Oman sebentar tadi.Seolah-olah mereka takkan berjumpa lagi.
Malam itu,Oman dan zira tidak dapat mengawal perasaan masing-masing.Oman pula tidak dapat melelapkan mata sepanjang malam.Teringat dia pada akhir kata Zira tadi sebelum mereka memutuskan talian. “oman,aku minta maaf sangat.Aku harap kau faham situasi aku.Kau rehat la oman,jangan fikir sangat.kalau ada apa-apa,kau ‘fun talk’ je aku ok..”
Selepas kejadian malam itu,Oman masih belum dapat membuang terus perasaannya pada Zira.Masih terasa peritnya dengan apa yang dia rasakan.Mereka masih berhubung Cuma keadaannya tidak sama seperti dulu.Oman cuba untuk tidak kerap menghubungi Zira sperti dulu.

2 Mac 2009,Oman menemani ibunya ke Tesco untuk membeli barang keperluan rumah.Entah kenapa,hari tu tangan Oman gatal menekan nombor telefon Zira.Banyak kali dia mendail nombor gadis itu,tetapi tak berjawab. “tengah buat apa agaknya dia ni..sibuk ke?”oman mengomel keseorangan,langsung tak dihirau ibunya yang makin jauh menuju ke pintu masuk Tesco.Oman menghantar sms pada Zira. “askum..ngah watpe tu..?”.Tak lama kemudian,Oman menerima satu pesanan sms.Dilihatnya di skrin telefon bimbitnya tertera nama Zira.Terkejut Oman membaca mesej yang dikirim oleh Zira. “hye,bz skit..mak wat kenduri sempena nak sambut bakal menantu anak sulungnya..”.Hati Oman seperti tercabut.Luluh hatinya melihat sms yang dikirim oleh Zira.Oman terus menelefon Zira.Dua,tiga kali baru diangkat panggilannya. “betul ke apa yang kau masej aku ni..?”.tak sabar Oman,sampai lupa dia nak memberi salam. “betullah…kau kat mana? Lalu la depan rumah aku.Ramai orang…” bersahaja Zira menjawab pertanyaan Oman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience