BAB 5

Romance Completed 740

“aku kat Tesco,bawa mak beli barang dapur..macam mana nak tengok…tapi betul ke?.”sekali lagi Oman bertanya pada Zira.Cemas betul dia. “betullah….”zira ketawa kecil. “kenapa kau gelak..?”semakin tak tentu arah Oman dibuatnya. “tak ada lah….aku buat kenduri sempena aku sebulan bekerja kat Puncak Alam tu…Ko kenapa Oman..?kalau betul pun,tak salah kan..?”.zira bertanya sambil ketawa kecil. “errrrr..tak ada apa-apa lah..”agak gugup Oman untuk menafikannya.Ternyata jauh sudut hatinya,dia belum berjaya membuang ke semua perasaannya pada gadis ini.Sebab itu dia agak cemas mendengar perkhabaran yang diberitahu zira tadi.Itu ah Zira,dia suka benar bergurau.Kadang-kadang sampaikan dia tidak sedar gurauannya tadi mencemaskan kawannya.
Tanpa mereka sedar,hubungan mereka agak rapat semula semenjak kebelakangan ini.Zira pula tak putus-putus memberitahu hasratnya untuk berhenti di Puncak Alam tu. “aku nak berhenti juga lah man..tak tahan aku..dah la akak yang dah lama kat situ dah berhenti,semua kerja dia aku yang kena ambik alih.teruk la macam ni.Next week aku nak pergi temuduga tentera kat Sungai Buloh..”panjang Zira mengomel pada Oman.Oman hanya bersetuju dengan keputusan Zira.
Sampailah hari untuk Zira di temuduga.Tapi malang nasibnya kerana dia diperintah keluar dewan kerana tidak membawa sijil kelahiran. “oman…………………..!!aku tak dapat nak temuduga tentera tadi…”.zira mengadu pada oman. “la..kenapa pulak..?”oman kebingungan. “aku tak bawa surat beranak aku..aku tak tau pulak dia nak benda tu…” seperti hendak menangis saja suaranya. “aku tak kira,sok aku nak pergi temuduga kat Gombak pulak..itu je la yang terakhir…”zira merungut.Oman hanya senyum disebalik talian mengenangkan kawannya ni agak kelam kabut. “zira-zira….”bisik hati oman.
“dah kemas dah barang-barang yang nak di bawa sok..?jangan ada yang tertinggal lagi..”tanya oman agak tegas mengingatkan gadis ini. “dah…..” ringkas saja jawapan gadis ini.
Nama Oman tertera di skrin telefon bimbitnya. “hah..macam mana temuduga siang tadi?bila keputusan keluar..?”tak sabar oman nak tahu tentang keadaan zira. “ok la…semua berjalan lancar..keputusan bulan 5 nanti la..”agak geram zira bila oman bertanya soalan seperti itu.Oman ketawa kecil di sebalik talian.Berjaya juga dia mengenakan gadis ini.
Jun 2009,hubungan mereka berdua agak rapat tanpa mereka sedari.Mungkin bagi Zira tiada apa yang berbeza kerana sikap dia memang begitu,tapi Oman dapat merasakan sesuatu kelainan dalam hubungan mereka.Terjadi sekali lagikah?
Petang sabtu tu Oman dapat tahu yang Zira hendak keluar bersama Oji rakan sekolah mereka juga dahulu.Puas Oman cuba memujuk Zira untuk bersama-sama mereka berdua,namun sikit pun tak dihiraukan Zira.Tetapi nasib menyebelahi Oman,dia berjumpa dengan Syarul yang juga rakan mereka sejak tadika.Akhirnya Zira dan Oji akur dengan Oman dan Syarul untuk minum bersama di Restoran Rasa Ibu di pekan Ijok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience