BAB 6

Romance Completed 740

Oji adalah pelajar di UPM Serdang,manakala Syarul bekerja di Petaling Jaya dan akan menyambung pengajian di UKM Bangi.Antara mereka bertiga,hanya Oman saja yang tidak menyambung pengajian.Terpinga-pinga juga la Oman bila mereka bercerita tentang University. “kau tak mintak sambung belajar ke hari tu zira..?”Tanya Syarul pada Zira. “tu la,kawan-kawan aku ada bagitau aku dia orang semua dapat sambung belajar,aku tak apply satu pun..mood nak belajar dah takda la rul..”bersahaja zira menjawab soalan. “ada la tu yang di hajatnya..”oman menyampuk tiba-tiba.Ketawa mereka berempat. “eh,aku nak berhenti kat tempat aku keje tu,kau apply la kat tempat aku tu..dia nak cari staff baru..try je..”Syarul menyuarakan pandangan. “ha..pegi la zira,kau pun cakap kat tempat kau sekarang ni tak ok kan?”Oji setuju dengan apa yang dicadangkan Syarul. “haah la,orait gak tu Zira,try je dulu..dapat ke tak,tu belakang kira ok..”oman pula menyuarakan rasa setujunya.Namun jauh di sudut hatinya begitu berat dia nak biarkan Zira pergi.Masakan tak berat hatinya,dia boleh dikatakan selalu sahaja menemani gadis ini pergi ke tempat kerja di Puncak Alam tu.Namun dia terpaksa akur,dia tak sepatutnya begitu dengan Zira.

Malamnya Oman menghubungi zira untuk mengetahui apa keputusan gadis ini. “macam mana dengan apa yang Syarul cakap siang tadi..?” “entahla..aku tak tau lagi,kalau aku pergi kat tempat Syarul tu,and kalau dapat,aku nak dok mana..?”dia merungut. “hmmm..payah gak eh..tapi nak buat macam mana…”oman turut kebingungan. “tengok la nanti macam mana..kau tak payah risau…”zira dah malas nak berfikir.

Pagi tu mereka masih lagi pergi bekerja bersama.Oman bekerja di Sri Hartamas,namun sanggup saja dia menemani gadis ini.Risau benar dia kalau-kalau ada apa-apa yang berlaku pada kawannya ini. “cik zira,boleh anta email utk send resume kau ni…”oman menghantar sms pada zira.Malam tu Zira meminta Oman membantunya untuk emailkan resume untuknya ke tempat Syarul bekerja.Lama kemudian,Zira membalas sms Oman.Walaupun berat untuk Oman emailkan resumenya,namun dia terpaksa juga.Malam tu Oman dan Zira seperti biasa berbual ditelefon.Malam tu Oman kena cukup-cukup dengan Zira. “padan muka kau,malam ni aku buli kau..”puas gadis ini mentertawakan Oman. “yela..ko kena kan la aku puas-puas..takpe-takpe..”seakan-akan merajuk nada Oman.Tapi sikit pun tak di hiraukan Zira.Inilah yang membuatkan oman cukup gembira bila berbual bersama gadis ini.Cukup kelakar,namun gadis manis ini masih kenal batasan.
Seperti biasa Oman akan menunggu Zira di stesen minyak BHP.Nampak saja kereta Persona lalu di hadapannya,dia terus mengekori kereta tersebut.Sudah tentu yang bawa kereta itu gadis yang selalu dihubunginya.Persona yang dipandu Zira menuju ke stesen minyak Petronas. “kenapa man?macam moody je..?apa dah jadi..?”tanya zira pada oman.Agak pelik gadis itu melihat oman yang tak seperti selalu.Sedangkan malam tadi mereka berbual ditelefon dan bergurau. “oman terasa ke dengan aku..?”bisik hati Zira.Takut juga gurauan dia malam tadi menyinggung Oman. “tak ada apalah…aku ok je…”jawab oman menafikan apa yang dikatakan zira. “oman,kau nape?mudy je..you tell me why?”oman mendapat sms dari zira. “mana ada moody,aku ok jela..tak ada apa ok..”ringkas oman membalas sms zira. “aku cuma penat sikit je zira…”hati oman berkata-kata sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience