BAB 7

Romance Completed 740

Hari yang sama,Oman ke Sungai Buloh kerana ada tugasan di situ.Dia berehat di sebuah warung kerana tekaknya berasa begitu kering.Jam sudah menunjukkan 12.30 tengah hari.Telefon bimbitnya berbunyi,ada mesej masuk.Tertera nama Zira di skrin. “aik?tiba-tiba je sms ni..ada apa..?”oman bertanya dalam hati. “jgn mudy2 lg ek..emm..i think you..hbs hbsla hbs hbs..hehehehe..”tersenyum sendirian oman membaca sms dari gadis yang istimewa dalam hidupnya.Dia langsung tidak peduli akan orang sekeliling melihat dia tersenyum sendirian.Dibalas mesej “takla..mane ade mudy..ok dah..pose tak ni..?”Zira berpuasa rejab katanya hari ini.Inilah yang amat menarik hati Oman kerana gadis ini tetap berpegang teguh pada agama.Rajin gadis ini mengamalkan perkara-perkara sunat yang dituntut Allah.Lama Oman menunggu smsnya dibalas.Tapi tiada juga,namun Oman masih tersenyum.Berulang kali dibaca sms yang diterimanya tadi.

Zira mendapat panggilan dari Petaling Jaya tempat Syarul bekerja,menyatakan dia perlu hadir untuk di temuduga jumaat ini.Dalam masa yang sama dia juga mendapat panggilan untuk bekerja di Shah Alam. “man,klu kat Shah Alam tu,1 haribulan 7 ni dah kena start keja.Kalau tempat Syarul tu aku dapat la kan,aku nak dok mane?”persoalan itu juga yang keluar lagi.Oman hanya mendengar saja rungutan gadis manis ini. “macam ni la,sok kau pegi je kat tempat Syarul tu dulu,try macam mana..kalau tak dapat tak apa la kan,kalau dapat sekali pun,still boleh fikir lagi sama ada nak pegi ke tak kan…?”oman memberi cadangan.Namun seperti dari awal lagi,Oman begitu berat untuk melepaskan Zira pergi.
Jumaat pagi tu Oman mengambil cuti,kononnya dapatla dia teman gadisnya ini untuk ke temuduga.Tapi ternyata,Zira memang seorang gadis yang baik.Tak semudah itu untuk dia keluar bersama lelaki. “kenapa ko cuti hari ni man…?” tanya zira,dia agak hairan mengetahui oman cuti. “takda apa,aku nak pegi buat buku asb aku..buku tu hilang,so aku cuti la nak buat buku tu…”ternyata itu hanyalah alasan kedua dia.Oman begitu risau akan keselamatan zira.Kalau boleh dia nak saja bersama-sama zira,dan mengetahui keputusan temuduga itu segera.Oman menelefon Syarul berkali-kali bertanyakan tentang Zira.Naik pelik Syarul melihat kerenah Oman.
Malam itu sekali lagi Zira menyatakan yang dia akan berhenti di Puncak Alam lebih-lebih lagi dia dapat tahu dari rakan sekerjanya yang pengurus di tempat kerjanya sudah marah kerana dia kerap bercuti.Itu menguatkan lagi untuk dia berhenti. “man,aku nak buat surat resign,isnin aku nak bagi kat manager aku…”zira agak tegas menyatakan hasratnya kali ini. “ok,kalau dah macam tu,berhenti je la..so,ko akan bekerja kat Shah Alam rabu ni..?”tanya oman agak sayu.Dia tahu yang dia tak akan berpeluang untuk bersaing lagi ke tempat kerja.Mana taknya,Zira akan keluar seawal 7 pagi,dan Oman pula akan keluar 8 pagi.Memang dia tidak akan lagi berpeluang untuk melihat gadis ini seperti biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience