BAB 2

Romance Completed 740

Malam itu agak panjang juga mereka berbual.Maklum la,dah lama tak mendengar suara masing-masing.Mereka pun dah meningkat dewasa,jadi banyak perubahan yang berlaku pada mereka berdua.
Zira baru seminggu mendapat pekerjaan baru di Puncak Alam.Setiap kali Oman menghubungi dia,ada saja yang dirungutkannya.
“oman…aku nak berhenti la…tak tahan keje kat situ.straight sangat..”keluh zira pada oman.
Puas sudah Oman mendengar keluhan Zira itu,timbul pula rasa kasihan pada gadis yang suka ketawa ni. “kesian kt kau zira”bisik hati oman. “kenapa dengan tempat tu?ala..kan kau baru je kerja..biasa la tu..”oman cuba menaikkan semula semangat zira. “kuatkan semangat sikit..apa ni lemah sangat..biasala baru-baru memang rasa macam tu.lama-lama nanti ok la..”oman terus menaikkan semangat Zira agar dia dapat bertahan dengan tempat yang baru Zira bekerja.

Tibalah hari yang Oman tunggu-tunggukan,hari lahir zira pada 14 February.Oman dah lama membeli hadiah untuk kawannya ini.Mereka bertemu di tepi jalan sebelah rumah Oman saja.Zira membawa adiknya Farah.Zira bukanlah gadis yang suka untuk keluar dengan mana-mana lelaki walaupun yang dia jumpa ini adalah rakan sejak dari tadikanya dulu.Oman telah memberi hadiah pada Zira dengan hati yang cukup gembira.Entah kenapa perasaan Oman benar-benar bahagia.Dilihatnya pula gadis yang berada di depannya sekarang ini cukup manis. “kau makin manis zira..padanla dengan sikap kau yang masih berpegang teguh pada agama.”bisik hati oman. “selamat hari jadi zira..sweet 22..”ungkapan itu saja yang terkeluar dari mulutnya.”terima kasih oman..”zira membalas ucapan.
Sejak malam hari lahir Zira,Zira kerap menghubungi Oman kerana dia mendapat panggilan percuma dari celcom sempena hari lahirnya.Telefon bimbit Zira tidak akan dimatikan ketika mereka hendak tidur.
Perasaan Oman yang selama ini berbunga tidak disangka akan menitiskan air mata pada suatu malam.Oman telah meluahkan segala perasaannya pada kawan lamanya ini.Betapa terkejutnya Zira mendengar kata-kata yang keluar dari mulut kawannya yang selama ini banyak ketawa.Tak sangka dia,yang Oman akan serius dalam sekelip mata.Mereka berbual ditelefon.
“zira,aku tak tau perasaan ni wujud masa bila,tapi makin lama ia makin mendalam..aku suka kat kau zira..aku sayang kau..kalau boleh aku nak luahkan depan-depan kau” kata-kata ini terpaksa oman lontarkan kerana dia dah tak mampu lagi untuk menahannya.
“terima kasih oman sebab kau sayangkan aku..tapi oman,aku harap kau faham dengan apa yang aku nak cakapkan ni.aku takkan dapat terima cinta kau sebab…….”tak sempat dia menghabiskan kata-katanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience