Bab 1

Short Story Completed 16140

Aish tak tahu, dari mana nak memulakan kisahnya. Seingat Aish, keluarga mereka cukup rapat, tapi abah dan ibu Aish meninggal ketika Aish masih bersekolah rendah. Umur baru dua belas tahun, tapi Aish sudah ditunangkan dengan Azril. Sejak itu, dia dan Azril bermusuh. Entah di mana silapnya. Aish rasa, Azril membenci dirinya kerana dia telah diambil untuk tinggal di rumah mereka selepas kedua ibu bapanya meninggal.Emak dan ayah Azril pula, tak mahu melepaskan Aish ke tangan orang lain, jadi ikatan pertunangan terus diikat dan Azril dan Aish diperintahkan agar menurut semua kehendak kedua orang tua.

               Mereka memang tak pernah bertegur sapa sejak kecil. Kalau bertegur pun, pasti terjadi bunga-bunga pertengkaran. Hanya di depan kedua orang ibu bapa mereka saja, masing-masing tunjuk perangai baik. Berlakon yang lebihnya, dalam hati masing-masing, hanya Allah saja yang tahu.

                 Aish menghela nafas lagi. Dadanya sesak dengan seribu persoalan. Azril banyak menguji kesabarannya, lebih-lebih lagi selepas mereka bergelar suami dan isteri. Azril tak pernah menegurnya dengan suara romantik. Yang keluar dari bibirnya hanyalah suara tengkingan dan suara ‘harimau jadian’. Geram juga kalau difikirkannya.

               ‘’Aish, jom..’’ Aish mendongak. Suraya sudah membuat isyarat menyuap, ke mulut. Aish membelek jam di pergelangan tangan. Sudah masuk waktu rehat rupanya. Bila minda kusut, hati pula menerawang entah ke mana.

              ‘’Jomlah, makan di mana pula hari ni?’’ Aish bangun dan mencapai beg tangannya, sambil itu bibir tetap mengungkapkan kata. Kalau ikutkan selera teman baiknya ini, hari-hari makan seafood pun boleh, tapi Aish pula alah dengan makanan laut.

            ‘’Nasi dagang, aku dah kempunan nak makan nasi dagang.’’ Pantas sekali Suraya menjawab. Aish mengangguk laju menyetujui kata-kata Suraya.

              ‘’Aku hairan betullah, Azril dengan Noreen tu, sejak sekolah lagi mereka berkawan. Takkan mereka tak teringin nak menamatkan hubungan mereka tu dengan hubungan yang sah. Apa pendapat kau Aish? Daripada mereka bercinta bagai nak rak, lebih baik bernikah saja. Taklah berdosa.’’ Suraya meluahkan pendapatnya dengan suara yang perlahan. Aish menghela nafas berat. Hatinya bagaikan ditikam dengan selumbar berbisa, terasa sangat perit dan begitu sakit sekali.

               ‘’Aku tak hairan pun dengan mereka berdua tu, yang aku hairan dengan nasib aku ni, kenapa takdir asyik permainkan aku? Sejak aku tadika, aku sekelas dengan Azril, hingga di mana saja aku ada, di situ dia pun ada tapi, kami ni macam musuh dalam selimut. Tak pernah nak berbaik. Aku teringin sangat nak tinggal jauh dari dia, tapi kau tengoklah, dulu kami tinggal berjiran, sekarang selepas bekerja pun, kita berjiran juga dengan dia. Aku ikut dia, atau dia yang ikut aku?’’ lain yang ditanya, lain pula yang Aish jawab. Suraya sudah memandang pelik ke arahnya, lebih-lebih lagi bila melihat wajah Aish yang semakin mendung.

            ‘’Kalau dia tak mahu beralah dan berbaik dengan kau, apa kata kau yang mulakan dulu, tegur dia dengan cara yang baik? Aku tengok, kau dengan Azril ni dah macam kucing dengan anjing, pantang bertegur sapa, mesti nak bertengkar. Tengoklah, hari tu, kes kecil sangat, tapi korang bergaduh, macam nak perang saudara. Risau aku tengok.’’ Suraya berkata dan menepuk perlahan bahu Aish yang sudah tengelam dengan perasaan keliru. Air matanya sudah bergenang, tunggu masa untuk gugur ke pipi.

           ‘’Ehh..kau nangis ke Aish? Kenapa ni?’’ Suraya terkejut melihat Aish yang mengelap air matanya. Dia tak menyangka, Aish akan terasa hati dengan kata-katanya.

          ‘’Aish..janganlah macam ni. Okey, okey..kau tak payah beralah. Nanti kita minta transfer jauh dari sini. Aku teman kau okey. Kita pergi jauh dari sini, tak payah tengok dah muka Azril tu, asalkan kau bahagia.’’ Suraya cuba memujuk, Aish sudah mula teresak-esak dan dia menuju ke arah tandas. Di dalam tandas Aish menguncikan diri hinggalah dia merasa tenang dan mengelap air matanya hingga kering.

           ‘’Kau janji ya, nanti kita minta tukar, jauh dari sini?’’ sebaik keluar dari bilik air, Aish terus menuntut janji dengan Suraya yang masih setia menantinya. Aish cuba tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience