Bab 3

Short Story Completed 16140

Kereta Azril meredah jalan raya yang sibuk dan bertali arus. Sudah sejam mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Waktu pula kian berlalu dan merangkak ke senja. Aish di sebelah hanya memandang keluar dan sekali sekala, dia memejamkan matanya. Dia tak tahu macam mana Azril boleh tahu semua rancangannya. Kalau ikutkan hati Aish, dia ingin pergi dalam diam. Tak tahu pula, siapa yang menyebarkan cerita bahawa dia akan bertukar ke Terengganu. Inilah kata orang, kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya.

               ‘’Awak memang dah benci sangat ke dengan saya Aish? Tak pernah awak beraku dan berkau sebelum ni, tapi hari ini..’’ Azril tak meneruskan kata-katanya, dia menoleh ke arah Aish yang duduk di sebelahnya. Memang dia terkejut dengan bahasa Aish hari ini hingga dia terikut sama berbahasa kasar. Mereka tak pernah mesra sebelum ini, Cuma mereka masih berbicara sopan. Awak dan saya sudah mereka gunakan sejak kecil lagi, hanya beberapa kali ketika mereka bergaduh saja, mereka akan gunakan perkataan aku dan kau itu. Tapi, sejak mereka bernikah, ini kali pertama keluar dari bibir masing-masing.

               ‘’Aku dah malas nak berbudi bahasa dengan kau. Tak ada maknanya semuanya tu. Kau tu hanya nampak kesalahan aku sejak dulu. Aku rampas ibu dan ayahlah. Aku rampas kasih sayang merekalah. Aku itu, aku ini..macamlah kau tu sempurna sangat. Kau tu yang tak dapat menerima ketentuan takdir, tapi kau asyik menuding jari ke arah aku. Kau ingat, kau tu baik sangat?’’ Aish melepaskan saja apa yang terbuku di dalam dadanya selama ini.

           ‘’Kenapa dengan awak ni Aish? Saya dah cuba berbaik dengan awak, tapi awak masih nak beraku, kau lagi? Cukup-cukuplah tu..’’ Azril cuba mengawal rasa marahnya yang kembali menyerang perasaannya. Dia menarik nafas dan melepaskannya. Waktu maghrib macam ni, memang banyak iblis dan syaitan sedang berkeliaran. Kalau hilang sabar, mungkin penampar bakal naik ke muka.

              ‘’Diamlah! Jangan banyak tanya!’’ Aish membalas pantas sambil mendengus geram. Aku juga yang salah ke? Aish menyoal di dalam hati.

              ‘’Kalau diam, bila masalah kita nak selesai? Okey, nanti kau balik rumah kita. Aku nak tunaikan tanggungjawab aku. Kita solat jemaah bersama, selepas tu kita berbincang.’’ Azril bersuara tegas. Aish terus membuka matanya seluas mungkin dan menoleh ke arah Azril, namun Azril hanya beriak selamba dan terus memandang ke hadapan.

             ‘’Are you crazy? Nanti apa pula kata kawan-kawan aku dan jiran-jiran kita? Mana ada orang yang tahu kita ni suami isteri.’’ Aish bersuara lantang. Terkejut betul dia mendengar saranan Azril sebentar tadi. Setakat hari ini mereka mengunci kejap perhubungan mereka. Walaupun ramai rakan-rakan sekerja dan rakan serumah Aish yang sudah lama mengenali mereka berdua, tapi pertalian mereka tiada siapa pun yang tahu. Mereka selalu balik kampung dan ibu dan ayah mereka memang tak pernah datang menjenguk mereka. Ada saja alasan yang mereka berikan, sekiranya orang tua mereka nak datang berziarah.

          ‘’Saya belum gila Aish. Sudah sampai masanya, kita hentikan lakonan kita ni. Tiga tahun kita bergelumang dosa, hanya menjadi suami isteri di atas kertas dan menipu orang-orang kampung dengan hubungan palsu kita yang sah selama ini. Ibu dan ayah tu percayakan kita sepenuh hati Aish, tapi kita dah banyak mengecewakan mereka.’’ Azril berkata dengan suara tenang dan menoleh sejenak ke arah Aish. Mata mereka bertemu seketika. Aish dalam dilema perasaan. Dia langsung tak menyangka, Azril akan berubah begini. Sebelum ini, Azril yang selalu memulakan sengketa. Ada saja yang tak kena di matanya. Aish hanya mendiamkan diri, walau apa pun yang Azril lakukan. Azril keluar berdating dan bermesra di depan matanya pun, Aish macam patung beku yang tak ada perasaan.

             ‘’Kau kena sampuk ke Azril?’’ Aish bertanya tanpa rasa bersalah. Azril pula sudah ketawa perlahan. Semakin tercengang Aish melihat gelagat Azril yang baru ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience