Bab 9

Short Story Completed 16140

Perlahan-lahan Aish masuk ke dalam rumah Azril. Malam masih muda dan pintu rumah belum dikunci lagi, kalau kunci pun Aish memang ada kuncinya. Ini rumah mereka yang dibeli bersama, cuma mereka mengambil keputusan untuk tidak bersama sepanjang tiga tahun ini. Seperti kata Azril sebelum ini, dia sedang memberi peluang kepada Aish untuk menerima dirinya sebagai suami. Dia pun tak menyangka, masa yang mereka ambil akan berlarutan hingga tiga tahun lamanya. Masing-masing keras kepala. Masing-masing tak mahu beralah dan suka sangat nak menegakkan benang yang basah. Sampai bila nak tegak? Nasib baiklah, malam ini Azril sanggup beralah dan Aish turut terpujuk melihat tingkah lakunya yang selamba itu. Aish pun, bukan nak jadi kepala batu, dia cuma takut Azril terus membuli dia macam selalu.

                  Aish masuk senyap-senyap dan melepak di ruang tamu. Jantungnya berlari laju. Ini kali pertama dia akan tinggal serumah bersama Azril. Memang pelikkan? Tapi, inilah hakikat kehidupan mereka. Kalau balik kampung, mereka tak pernah ditinggalkan berdua. Ada saja rakan-rakan atau saudara mara yang bertandang ke rumah. Walaupun mereka pernah tidur sebilik, namun tak pernah tidur sebantal. Setakat peluk dan cium tu, pernah juga Azril lakukan secara curi-curi. Sama ada secara bergurau, atau ketika Aish sedang nyenyak tidur. Azril juga ada perasaan dan keinginan.

                Dia pun macam lelaki lain juga, asalkan berkesempatan, dia tak pernah melepaskan peluang tu. Walau pun begitu, mereka masih belum bersama sebagai suami isteri yang sebenar. Azril tak pernah meminta secara nyata dan Aish juga tak pernah terfikir untuk memberi secara rela. Masing-masing ada fikiran sendiri. Yang pastinya, masing-masing mempunyai ego yang sangat tinggi.

                 Sedang Aish bermenung di atas sofa dan memikirkan tindakan selanjutnya, telefon bimbitnya berbunyi. Aish melihat skrin telefon, nama Azril terpampang di skrin telefon. Aish tersenyum sebelum menjawab dan merebahkan tubuhnya di atas sofa.

            ‘’Hello..’’ Aish cuba mengawal nada suaranya. Cuba bertenang sedaya mungkin.

            ‘’Awak dah tidur?’’ Azril menyoal dengan nada romantik. Aduh, boleh gugur jantung Aish mendengarnya.

           ‘’Belum.’’ Sepatah saja jawapan yang Aish beri.

           ‘’Awak tengah buat apa tu?’’ soalan Azril yang seterusnya. Soalan yang ditanya kebiasaannya oleh orang yang sedang bercinta. Ececeh..ewah, bercinta gitu.

           ‘’Tengah bercakap dalam telefon. Kenapa tanya? Tak nak tahu ke, saya tengah bercakap dengan siapa?’’ jawapan Aish membuatkan Azril ketawa. Aish turut tersenyum mendengarnya.

          ‘’Awak tak nak balik ke? Saya rindukan awak tahu. Saya nak hug awak, saya nak kiss awak..’’ manja sekali suaranya. Aish yang mendengar terus berbahang wajah. Macam nak keluar dan balik ke rumah sebelah semula.

           ‘’Iyelah tu..saya dah sejam ada kat ruang tamu ni. Awak tu dah macam anak dara, tak keluar-keluar bilik, kenapa? Malu agaknya?’’ dengan beraninya Aish berkata sambil memutuskan talian. Aish bangun dan membuka tv dan mengambil remote control. Dia kembali merebahkan tubuh ke sofa dan mencari rancangan yang menarik perhatiannya.

             Azril keluar ke ruang tamu, bibirnya tersenyum lebar melihat tv yang terpasang dan semakin lebar senyumnya, apabila melihat kelibat Aish yang sedang ralit menonton tv. Azril menuju ke dapur dan membancuh dua mug minuman segera suam dan membawa ke ruang tamu. Hatinya bagaikan berbunga-bunga melihat Aish di depan mata, seolah kali pertama bertentang mata dengan kekasih hati yang sudah lama dirinduinya.

              ‘’Minum..’’ Azril bersuara sambil meletakkan mug di atas meja sofa. Dia mengangkat kepala Aish dan duduk di atas sofa yang sama. Aish bangun dan duduk di sebelah Azril tanpa berganjak sedikit pun. Mug di atas meja sofa dicapai selamba dan mula menghirup air buatan Azril. Hmm..enak dan terasa segar tekak ketika meneguknya.

            ‘’Dah buat keputusan?’’ soalan yang tiba-tiba Azril ajukan, membuat Aish memandang lama ke arahnya.

          ‘’Keputusan apa?’’ Aish mengajukan soalan kepada Azril kembali. Azril tak segera membalas, sebaliknya dia mengambil mug di dalam tangan Aish dan meletakkan di atas meja sofa semula, kemudian dia menarik kepala Aish dan mengucup lama dahi Aish. Jantung Aish terus berirama balada.

            ‘’Tinggal bersama untuk selamanya?’’ Azril bersuara lagi selepas bibirnya yang mendarat di dahi Aish tadi dilepaskan. Aish terus mengangguk tanpa berfikir panjang.

             ‘’Terima kasih..’’ Azril bersuara lagi dan memaut bahu Aish agar kepala Aish rebah di bahunya. Aish hanya menurut tanpa bantahan sedikit pun. Sekali lagi, bibir Azril mendarat sipi di dahi Aish. Sipi-sipi saja tau, selebihnya terkena rambut Aish..

             ‘’Wangi rambut. Aish guna syampu apa?’’ tak ada topik untuk dibualkan, topik syampu pun kira okeylah. Aish tak menjawab pun, nanti macam buat iklan free pulakkan. Hanya bibir Aish yang sudah merekah dengan senyuman sambil menghayati suasana romantik di ketika ini. Seketika cuma, Aish kembali menyandar di sofa sambil mencapai mug dan menghabiskan minumanya di dalam mug. Begitu juga dengan Azril, dan suasana romantik sebentar tadi bertukar menjadi suasana ceria dengan hanya diriuhkan dengan suara peti tv di depan mereka.

             Dan, malam ini merupakan malam pertama mereka menunaikan tangungjawab sebagai suami isteri yang sebenar. Seminggu dari sekarang, Aish tetap dengan keputusannya untuk berpindah ke Terengganu. Azril tak boleh nak membantah lagi, kerana pertukaran Aish sudah diluluskan. Suraya juga akan turut serta bersamanya. Seminggu masa yang tinggal, Aish dan Azril habiskan dengan memori indah tanpa persengketaan. Itu yang mereka lakukan. Suasana bulan madu yang baru bermula dan akan ditinggalkan bersama rindu dan bunga-bunga cinta yang baru mula berputik. Yeahaaa....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience