BAB 6

Romance Completed 9873

Aku berjanji tidak akan memafkan Adam , kali ini aku nekad. Cukup sudah. Jika Adam ingkari janji yang dipatrinya untuk kekal setia padaku, aku berjanji untuk menghapuskan cinta dan segenap perasaan ku padanya.

Hari ini aku memutuskan untuk menghadiri kuliah, aku berdoa agar tidak bertemu dengan Adam mahupun Fiza . Namun tamat sahaja kuliah, kelibat Adam sudah siap-siap muncul di depan kelas.

“Maafkan aku Bunga ! Aku dan Fiza tak ada apa-apa hubungan. Aku cuma bersembang dan bertanyakan tentang kau pada dia.’’

“Enough Adam! Kita dah taka da apa-apa, tak payah nak peningkan kepala lagi! Jangan ganggu aku lagi! Sekarang kau bebas buatlah apa kau nak, kau nak berskandal dengan siapapun itu bukan urusan aku lagi!’’ bentakku!

“Tapi Bunga …..”

Aku berlari meninggalkan Adam , jujur masih ada tersisa cinta untuknya, namun aku harus memadankan cinta itu. Adam terus mengejarku dan berkali-kali mengucapkan kata maaf.

Tapi aku tidak pedulikan dia, aku meningkatkan kelajuanku dan menyeberangi jalan berharap Adam tak dapat mengejarku namun tak semena-mena aku mendengar bunyi dentuman yang kuat di belakangku.

“Adam aaa…..”

Sebuah kereta sedan telah melanggar Adam saat dia berlari melintas jalan untuk mengejarku, Aku yang berada di seberang jalan terjelupuk seakan tak percaya. Kakiku bergetar untuk bangun. Kuntuman Mawar merah kegemaranku bersepah di atas jalan dilatari dengan titisan darah yang mengalir keluar dari kepaLa Adam.

“Adam , maafkan aku!” ucapku sebaik berlari ke sebrang lantas mendakap adam erat di dadaku.

“Bunga . Maafkan aku, aku janji yang aku takkan menyakiti hatimu lagi. Aku mahu kamu menjadi isteriku……”

“Adam aaaaa……”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience