BAB 2

Romance Completed 9873

“Terima kasih, boleh gerak sekrang?”

“Of course, but one more thing, malam ni aku tak bawa kereta sebab rosak. Masuk bengkel petang tadi. Boleh tak kalau kita naik teksi sahaja? U don’t mind?’’ tanya Adam.

‘’Takde masalah, boleh je Adam.’’ Ujarku dengan penuh semangat lalu memahut tangan Adam. Aku seakan melupakan segala kepedihan tadi dan sepertinya akulah orang yang pFiza g bagaian saat ini.

Sepanjang perjalanan Adam menggenggam erat tanganku, aku bersandar dibahu Adam menikmati perjalanan kami yang cukup mengasyikkan dan melupakan semua kesalahan yang telah Adam perbuat padaku. Malam ini sungguh indah. Terkenang semula memori sewaktu kali pertama kami bertemunjanji.

Selepas 20 minit perjalanan. Kami berhenti disebuah gerai makan. Aku menjadiragu- ragu, takkan Adam mengajakku makan ditempat sebegini. Aku kenal benar pada Adam. Mana mungkin dia datang ke tempat sebegini.

“Kenapa Adam? Tak sedap ke laksa tu?’’

“Taklah, sedap je cuma sedikit panas dan tak selesa. Rimas, kau oaky ke Bunga, tak kisah makan di tempat sebegini?’’ tanya Adam.

“Taklah. Aku selalu je makan kat warung atau gerai. Laksa ni sedap, kau makan perlahan-lahan, tiup dan nikmati. Sedap.’’ Pujukku.

Aku yakin, yang Adam tak pernah makan di temapat macam ni. Tak lama kemudian Adam mulai menikmati laksa tadi dengan penuh berselera, dia bercerita panjang lebar tentang teman-temannya, keluarganya dan banyak lagi perkara yang kami ceritakan.

Dua tahun bersama Adam bukan waktu yang singkat, banyak jatuh dan bangun, suka dan duka dalam mempertahankan hubungan kami selama ini. Adam selalu menguji kesabaranku dengan menghianati aku, bukan sekali tapi sudah tiga kali Adam curang padaku Namun pada akhirnya dia tetap kembali padaku. Dan setiap kali itu juga aku sering memaafkan dan menerimanya semula. Aku kira itulah yang dinamakan cinta dan kerana cinta yang aku pertahankan ini aku kehilangan ramai kawan.Ya benar apa yang dikata, aku bodoh dan buta kerana sanggup dipermainkan oleh Adam. Aku beralah dan mengakui kebenaran kata mereka namun aku tak sanggup melepaskan Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience