BAB 5

Romance Completed 9873

“Hello, kau di mana Adam, aku lewat buat assignment. Boleh tak datang pick up aku?”

“Sorry Bunga , tak dapat datang pick up sekarang. Aku on the way nak hantar cousin aku ke KLIA?”

“Kak Mira ke? Kak Mira nak ke mana?”

‘’Ya Kak Mira itulah, Kak Mira nak ke UK? Kau di mana ni Bunga?”

“Adam, sejak bila kau rapat dengan Kak Mira? Kak Mira bukan ke kat Australia dan sejak bila pula Fiza pula Fiza jadi kakak sepupu kau?’’bentakku. Dapat aku lihat riak wajah kaget di wajah Adam.

“Bunga , sayang cakap apa ni? Bagitahu aku kat mana sekarang?”

“Cukup! AKu nampak dengan mata aku sendiri yang kau dengan Fiza! Kau jangan nak tipu aku lagi Adam. Kali ni aku tak boleh maafkan kau lagi. Thi is too much! Kau curang dengan aku lagi dan yang paling teruk kau pilih kawan baik aku sendiri! AKu benci kau! Aku tak mahu tengok muka sampah kau lagi! Kita putus Adam!’’

“Bunga , tunggu…….”

Aku campak hp ku dank u pandu keretaku selajunya, airmata berderaian. Hatiku remuk dan hancur. Aku tidak dapat menerima kenyataan Adam dan sahabat baikku mengkhianati aku.

Beberapa hari selepas insiden itu, aku tidak mampu untuk menghadiri kuliah. AKu memilih untuk berkurung di dalam bilik menangisi apa yang terjadi. Mujur ayah dan ibu memahami diriku. Tidak putus-putus mereka memberikan kata-kata semangat padaku untuk move on dan melupakan Adam.

Aku tahu ia tak mudah namun aku nekad untuk melupakan Adam. Adam sebaliknya hampir saban hari datang ke rumahku memohon kemaafan. Namu aku tidak mahu melihat wajahnya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience