BAB 4

Romance Completed 9873

‘’Enough Fiza!’’ Kasihan kat Bunga. Kenapa kau nak je sakitkan hati Bunga ni?’’ tanya Yana mencelah.

Ya barangkali benar apa yang dikatakan oleh Fiza. Mungkin juga aku hanya tempat persinggahan buat Adam. Dia tak pernah sayang pada aku. Sebab itu dia selalu menghianati aku. Selama ini aku tak pernah terfikir akan perkara itu mungkin kerana aku terlalu mencintai Adam dan takut kehilangannya.

Semalaman aku berfikir tentang kata-kata Fiza itu, sudahnya aku menjadi ragu terhadap perasaan Adam padaku. Jika benar Adam tidak mencintaiku, aku benar-benar tidak mampu untuk menerimanya lagi, apatah lagi untuk memaafkannya.

Sungguhpun tiada kelas hari ini, aku tetap pergi ke kampus untuk mengerjakan tugasan berkumpulan. Sedar tak sedar sudah larut malam dan persekitaran kampus mulai sunyi. Aku kemas semua alat tulisku dan mahu beredar pulang. Perlahan-lahan aku meredah kepekatan malam yang sepi hanya ditemani bulan dan gugusan bintang menuju ke tempat letak kereta. Namun alangkah terkejutnya aku saat melihat kelibat Adam bersama seorang wanita.

Dalam kegelapan itu aku hanya mampu melihat Adam bamun tidak dapat melihat wajah wanita yang bersama Adam kerana dia berada di posisi yang membelakangiku.

Sial! Apakah Adam curang padaku lagi. Sial! Aku memang tak boleh maafkan dia lagi. Aku dapat melihat mereka berdua sama-sama masuk ke perut kereta BMW milik Adam dan kali ini aku dapat melihat sosok wajah wanita itu.

Tergamam aku seketika bagai tak percaya. Wanita itu adalah Fiza, kawan baikku.

Aku cuba berlagak tenang. Ku tarik nafas sedalamnya dan cuba mendail telefon bimbit Adam. Aku mahu memastikan apa dia jujur kepadaku atau menipuku lagi. Ini adalah hari perhitungannya, jika benar dia menipu. AKu sudah tak boleh memaafkan dia lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience