BAB 7

Romance Completed 9873

Adam menghembuskan nafasnya di dalam dakapanku. AKu menyalahkan diriku sendiri. Kalau aku tidak lari pasti saja ini semua tak terjadi, Adam masih hidup dan bernafas.

Kini aku harus hidup dengan hakikat ini, sebuah hakikat yang sukar untukku telan. Nama Adam akan terpahat terus dalam hidupku. Disaat akhir hayatnya masih lagi dia mampu berjanji untuk tidak menyakitiku, disaat dia mahu menjadikan isterinya, dia pergi meninggalkan aku bersama sebuah harapan yang hanya tinggal harapan.

Aku patut menemani Adam, dia sedang bergela, sejuk, kesunyian dan ketakutan. Aku tidak berhenti menangis memikirkan hakikat itu. Sungguh aku menyesali dengan apa yang terjadi.

Tujuh hari selepas Adam meninggal, aku meratapi pemergian Adam dan sering saja terbayang memori indah indah bersama Adam yang tidak akan pernah berlaku lagi.

“Bunga sayang, ini pemberian Adam untuk kamu, Ibu adam datang tadi dan minta ibu sampaikan ini pada kamu . Kamu jangan terlalu meratapi, ini smeua takdir dan berhenti salahkan diri kamu! Kamu perlu move on! Adam takkan tenang di sana jika kamu terus-terus bersedih.

“Ini semua salah Bunga bu, biarlah Bunga hidup dengan penyesalan ini.’’

Aku buka bungkusan bewarna merah itu dan didalamnya ada sebuah kotak kecil berwarna merah, sekuntum mawar merah yang telah layu ada sampul kecil bewarna putih disertakan sekali di dalamnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience