BAB 8

Romance Completed 9873

Aku buka kotak kecil itu dan sebentuk cincin emas sungguh cantik ada di dalamnya.

Sayangku Bunga

Bunga sayang, maafkan aku, aku tahu aku banyak menyakiti hatimu namun kali ini aku berjanji takkan menyakiti hatimu lagi. Sejujurnya apa yang aku lakukan adalah semata mahu menguji sejauhmana ketulusan cintamu padaku dan nyata kamulah yang paling tepat dan pantas menjadi isteriku. Aku harap kau akan menjadi penaman hidup dan matiku, sehingga Tuhan mempertemukan kita semula di syurga. Terimalah cincin ini sebagai lambing kau adalah isteriku.

Sumpah demi Allah, aku sangat mencintaimu Bunga.

Yang benar,

Kekasihmu Adam yang tercipta untukmu.

Air mataku mengalir deras, esak tangiku semakin kuat. Ku sarungkan cincin pemberian Adam dan segera memeluk ibuku.

Pada Zahir kita tidak punya kesempatan untuk menjadi suami isteri di dunia ini Adam, mungkin cinta kita bukan dicipta di dunia tapi di syurga. Di dalam hatiku yang paling terdalam, aku sudah berkali-kali menerima lamaran mu ini. Aku adalah isterimu. Sehingga bertemu lagi Adam.

Aku harus menerima hakikat ini, hakikat sebuah janji yang tak kesampaian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience