BAB 14

Drama Completed 523

Aku sekali lagi tidak dapat melelapkan mataku memikirkan apa yang telah terjadi padaku, memikirkan apa yang telah terjadi pada Ibtisam . Aku baru mengetahui Ibtisam telah kemalangan setahun yang lalu. Dengan linangan airmata ibu Ibtisam bercerita tentang kejadian yang menimpa anaknya.

Ketika itu pukul 3.00 petang dan Ibtisam berada di sungai memancing seperti selalu. Tidak lama kemudian umpannya mengena. Akan tetapi dia mengalami kesukaran untuk mengimbangi badannya dan tergelincir ke dalam sungai. Semasa jatuh kepalanya terhantuk pada seketul batu besar di tebing sungai. Penduduk kampung yang kebetulan lalu di situ cuba untuk menyelamatkannya tapi tak berjaya kerana arus deras dan air sungai yang sangat dalam. Keesokan harinya Ibtisam dijumpai terapung di tebing sungai tempat kami mula-mula bertemu dalam keadaan tidak bernyawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience