BAB 1

Drama Completed 523

Aku mula berasa bosan. Sejak sampai ke rumah baruku petang semalam aku masih terperuk di bilik. Janjiku pada ibu dan ayah untuk tidak akan keluar dari persembunyianku sedikit goyah. Mereka telah keluar ke pekan sejak sejam yang lalu. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 3.00 petang.

“Biarlah Siti tinggal dengan Mak Su di KL. Kat sini tak best la. Kawan-kawan pun ade!” Bentakku pada ibu dan ayah.
“Memang la Siti takde kawan lagi. Kan kita baru je sampai.”
“Lagipun udara kat sini kan nyaman,”
“Banyak nyamuk adalah! Abis gatal-gatal badan siti.”
“Cuba Siti jalan-jalan. Tadi ayah tengok ade sungai kat depan tu.” Teringat aku akan kata-kata ayah.

Apa kata aku ikut cadangan ayah. Ok juga. Pelahan-lahan aku bangun dari katilku. Langkah ku atur menuju ke bilik mandi. Selesai membersihkan diri aku mengenakan T-shirt berwarna biru dan seluar jeans. Topi Nike kegemaranku tidak dilupakan .Erm, mesti panas kat luar ni.

Aku pun memulakan perjalanan untuk menerokai kawasan kampung. Sampai di jalan besar aku membelok ke kanan. Bemacam-macam persoalan yang bermain di kotak fikiranku sekarang. Kenapa ibu dan ayah memilih untuk tinggal di sini? Kenapa aku perlu ikut meraka?Tiada apa pun yang dapat menarik minatku untuk tinggal di kampung setakat ini. Suasananya yang sunyi dan sepi langsung tidak dapat mengubah pendirianku untuk pulang ke KL.

Setelah penat berjalan akhirnya aku dapat mendengar bunyi deruan air mengalir. Inilah pertama kali aku dapat melihat sungai yang jernih airnya. Maklumlah aku dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Sebuah batu sederhana besar aku jadikan tempat duduk. Tanpa disangka-sangka hatiku terpaut dengan keindahannya. Aku merasa seperti semua kekusutan yang membelenggu mindaku pergi bersama aliran sungai tersebut.

“Hai, sorang je ke?” Tiba-tiba ada suara yang mengejutkan lamunanku. Lantas kualihkan pandanganku ke rah datangnya suara itu. Seorang budak lelaki yang sebaya denganku sedang tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience