BAB 12

Drama Completed 523

Di sekolah aku masih tak nampak kelibat Ibtisam . Sudah beberapa hari aku tidak berjumpa dengannnya. Hatiku berasa tidak tenang. Mungkin sesuatu yang buruk telah berlaku padanya yang aku tidak tahu. Aku mesti pergi ke rumah Ibtisam untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Masalahnya rumah dia pun aku tak tahu. Dia tak pernah membawa aku ke rumahnya. Aku pun tak pernah menjemput dia ke rumahku.

Aku mesti leraikan semua persoalan tentang Ibtisam hari ini juga. Kalau tidak boleh jadi gila aku dibuatnya. Aku mesti tanya salah seorang dari rakan sekelasku. Tapi siapa? Yes! Yulia ! Wartawan sambilan kelas 4 Intelek .

Selepas tamat waktu sekolah aku bercadang untuk bertanya tentang Ibtisam pada Yulia .

“Yulia , kau sibuk tak sekarang.”
“Tak. Kenapa?”
“Aku ada benda nak tanya kau ni.”
“Tanyalah. Kalau aku tahu aku jawab.”
“Erm.. Kau kenal tak dengan sorang budak laki. Nama dia Ibtisam .”
“ Ibtisam ? Budak kelas apa?”
“Nama dia Ibtisam . Aku tak tahu dia budak kelas apa…tapi aku rasa dia sebaya dengan kita.”
“Setahu aku kat sekolah ni takde budak nama Ibtisam . Tapi…”
“Tapi apa, Yulia ?
“Kenapa kau nak tahu pasal budak nama Ibtisam tu?”
“Dia kawan aku. Tapi dah lama aku tak jumpa dia.”
“Hmmm…macam nilah. Dulu ada sorang budak kelas sebelah nama dia Ibtisam . Tapi… sekarang dia dah takde kat sini. Betul ke kau nak tahu pasal dia ni” Yulia seperti enggan memberitahuku.
“Aku cuma nak tahu kat mana dia tinggal je.”
“Rumah dia betuk-betul kat depan masjid.”
“Ok, tq.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience