BAB 3

Drama Completed 523

Ibtisam memang suka menyendiri. Ini kerana dia sering ditinggalkan keseorangan di rumah apabila ibubapanya keluar bekerja.Mereka mempunyai sebuah restoran. Ibubapanya akan pergi bekerja ketika Ibtisam masih di sekolah dan pulang ketika dia sudah tidur. Kadang-kadang dia rasa seperti mereka langsung tidak mempedulikannya. Kesunyian adalah teman sejatinya kerana dia anak tunggal.

Pulang dari sekolah dia terus memerap di dalam bilik. Itulah kerjanya hari-hari. Dia banyak menghabiskan masanya melukis. Apa yang bermain di fikirannya itulah yang dilukis. Kadang-kadang dia juga akan melukis apa yang menarik perhatiannya sepanjang hari itu.

Hari ini nampaknya di tiada idea untuk melukis. Jadi dia bercadang untuk menghabiskan masanya di luar. Mana tahu boleh dapat Intelek . Dia mengatur langkahnya menuju ke arah sungai, tempat kegemarannya sejak dari kecil lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience