BAB 7

Drama Completed 523

Seperti biasa aku berjanji dengan Ibtisam untuk berjumpa dengannya di tempat semalam.

“Jangan lupa ye esok pukul 3.00 kat sini tau.”
“Ye…aku takkan lupa punya.Anyway, tq ye sebab engkau sudi nak kawan ngan aku. Maklumlah aku baru je sampai, tak tahu selok belok kampung ni.”
“Takpe, Ibtisam memang suka dapat kawan ngan Siti.”

Bermula di sungai, Ibtisam telah mengajak aku untuk memancing ikan. Aku memang suka memancing. Semasa di KL, ayah sering mengajak aku ke kolam pancing. Cakap saja di mana kolam pancing yang aku tak pernah pergi di seluruh Lembah Klang. Kadang-kadang satu hari suntuk kami pergi. Tapi satu ikan pun tak dapat. Apalagi terpaksalah kami mendengar leteran ibu setiap kali kami pulang lewat. Ibu kata aku ini perempuan tapi perangai macam lelaki. Iyalah, ayah kan tiada anak lelaki jadi aku inilah ‘anak lelaki’ dia.

Aku cukup seronok hari ini kerana banyak yang aku pelajari. Walaupun seperti kebiasaannya aku tak memperolehi sebarang hasil aku tetap seronok dengan pengalaman yang aku dapat. Kata orang, setiap perkara yang kita lakukan mesti ada pertama kalinya kan. Hari ini dalam sejarah, aku pertama kali menggunakan joran buatan sendiri. Ibtisam yang mengajar aku membuat joran dari buluh.

Mula-mula kami pergi ke belukar berhampiran dengan kawasan sungai untuk mencari buluh. Setelah mendapat buluh yang sesuai barulah joran boleh dihasilkan. Ibtisam kata inilah cara paling “best’ untuk memancing. Aku dapat merasakan semakin lama semakin menarik kehidupan di sini. Banyak juga aktiviti berfaedah dapat dilakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience