BAB 11

Drama Completed 523

Alangkah gembiranya aku bila Mak Su kata dia akan duduk di sini hujung minggu ini. Dia tahu aku rindukan dia. Jadi aku bercadang untuk membawa Mak Su menikmati keindahan di kampung ini. Sudah tentu tempat pertama yang akan dikunjungi oleh kami ialah sungai. Sebenarnya aku dah berjanji dengan Ibtisam untuk bertemu petang ini. Alang-alang dah Mak Su pun datang apa salahnya aku kenalkan dia dengan Ibtisam . Mesti Ibtisam pun tak kisah. Akan tetapi, setelah satu jam menunggu Ibtisam tak juga muncul.

“Mana budak Ibtisam ni. Tak Nampak pun batang hidung dia. Selalunya dia tak pernah lambat. Ni dah pukul berapa ni.” Aku tengok jam di tanganku sudah menunjukkan pukul 4.00 petang.
“Mungkin dia ada hal lain kot. Tak sempat nak bagitau Siti.”
“Siti ingat nak kenalakn dia dengan Mak Su.”
“Takpe lah. Takde rezeki.”
“Esok Mak Su dah nak balik KL pulak. Mesti tak sempat nak jumpa dia.”
“Lain kalilah. Yang Siti beria-ia nak kenalkan Mak Su dengan dia ni kenapa? Siti dah jatuh hati kat dia ke?”
“Mana ade. Mak Su ni saja je tau.”
“Mak Su bergurau jelah. Takkan itupun nak merajuk. Tak macholah.”

Kami sama-sama ketawa. Walaupun aku agak terkilan kerana Ibtisam tak muncul. Tetapi aku gembira kerana dapat menghabiskan masa bersama Mak Su.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience