BAB 1

Romance Completed 4704

Dua hari lagi cuti semester akan berakhir. Tak sedar, cepat sungguh masa berlalu. Hari-hari yang kulewati bersamanya terasa begitu cepat berlalu. Umpama debu ditiup angin, bertebaran tidak bersisa.

Bukan, kerana tiada perkara yang indah kulalui bersamanya tapi kerana rasa yang indah hadir tanpa permisi hingga buat sang pencinta ini sering leka dibuai gembira.

Kata orang, jalinan persahabatan antara lelaki dan perempuan jarang yang terjalin atas dasar sahabat sahaja jika bukan lebih dari persahabatan. Bahkan teman-teman sekeliling ku juga berkata sedemikian namun aku tidak endahkannya.

Apa yang ku tahu, aku dan dia berkawan sejak di bangku sekolah sekolah menengah lagi, tidak lebih dari itu dan sehingga kini sudah 10 tahun hubungan persahabatan antara kami terjalin

Setiap kali dia pulang ke rumah, kami selalu meluangkn masa bersama tak kira sama ada sebelum atau selepas bercuti bersama keluarga masing-masing. Dia menimba ilmu nun di negara orang, jauh dari aku dan keluarganya.

Setiap kali bertemu, kami akan plan percutian baik di dalam mahupun luar negara, jika tidak pun kami akan menaiki motorbike kesayangannya pergi ke merata tempat untuk sesi food hunting, aktiviti yang tak bisa ku lakukan tanpanya kerana dia tak mahu aku muat turun foto makanan enak-enak tanpanya.

HA HA HA, atas dasar persahabatan aku turutkan, jika keadaan tidak mengizinkan, dia akan datang ke rumah sewaku dan kami akan menonton wayang daripada koleksi DVD yang kami beli bersama-sama

Berbeda dengan cuti sebelum ini, kali ini ia percutian selama dua minggu, dan kami meluangkan cuti bersama. Tiga belas hari berlalu belum cukup untuk melepaskan rindu yang bersarang di dalam hati. Apa taknya, bayangkan enam bulan tidak bertemu, komunikasi yang terbatas kerana dia sejenis yang fokus orangnya, dan apabila bertemu pula hanya beberapa hari sahaja. Apa ia cukup? Kalau aku, tidak aku belum puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience