BAB 2

Romance Completed 4704

Semalam, dia menelefonku dan mengajakku pergi membeli-belah esok untuk membeli barang kelengkapan yang perlu dibawa pulang ke Australia. Tanpa berfikir panjang aku pun mengiyakan saja.

Dan hari ini, hari yang ke-14, itu bermakna ini merupakan hari terakhir kami meluangkan masa bersama sebelum msing-masing kembali kepada rutin harian. Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi dan sosok tubuh lelaki berada bidang yang kacak berambut coklat, berkulit tan ini sudah tercegat di depan rumahku.

Usai bersiap, aku sempat mempelawa dia untuk sarapan pagi namun dia menolak kerana dia sudah bersarapan pagi di rumah, merasai air tangan ibunya untuk beberapa jam yang terakhir di Malaysia katanya, hatiku mulai dihimpit sebak.

Aku tak tahu di mana dia nak bawa aku jalan, aku mati akal kerana fikiranku sudah terisi dengan hakikat bahawa esok dia sudah pulang ke negara Kangru. Justeru aku hanya mendiamkan diri dan menurut saja ke mana arah yang dibawa.

Dia bagaikan mengerti apa yang bermain di dalam hatiku, sebaik aku mengenakan jaket dan helmet, dia akhirnya memberitahu bahawa ingin membawa ku ke Cameron Highland. Aku agak terkejut namun menurut saja.

Hampir dua jam perjalanan termasuklah 20 minit yang diluang sewaktu berhenti untuk makan tengahari di sebuah medan selera juga berhenti di stesen minyak.

Setibanya di tanah tinggi Cameron, dia mengajakku ke lading Teh Boh. Aku yang teruja dengan kecantikan dan keindahan tempat ini menurut tanpa kata, gembira tidak terperi.

Apa taknya sudah lama aku mengimpikan untuk datang ke tempat ini dengannya. Seperti anak muda yang lain di zaman milenial ini, kami berhenti seketika untuk mengambil foto dan swafoto untuk dijadikan kenangan di masa hadapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience