BAB 7

Romance Completed 4704

Aku dapat merasakan yang dia belum selesai lagi berbicara. Hatiku berdebar menantikan bait kata-kata seterusnya. AKu hanya dia menantapnya, dia mengela nafaas yang panjang seraya mengucapkan kata-kata yang sungguh tidak ku duga.

“As, sudikah engkau menjadi milikku?”, empat patah perkataan tersebut sukses membuatku tergamam. Aku sejujurnya seperti hilang arah, berdiri tak senang.

“Kau dah kenapa ni Yan? Tak sihat ke”, elakku.

“Aku serius ni As”, katanya sambil menancap erat matanya ke arah mataku

“Aku penatlah Yan, jom pulang”, pelawaku

Suasana kembali hening. Yang terdengar hanya deru angina yang sebati bercampur deruman enjon motorsikal yang ditunggang lelaki bernama Adriyan dihadapanku ini.

Perjalanan pulang lebih terasa pantas berlalu. Hampir dua jam kuhabiskan melamun di atas motor begitu juga dengan dirinya yang hanya diam membisu, kekal fokus menunggang motorsikal.

Kata-katanya tadi masih terngiang jelas di telingaku. Apa memang perkara sebegini boleh terjadi? Sungguh aku tak jangka ini akan berlaku.

Kurasakan laju motor yang kunaiki ini sangat perlahan walaupun hakikatnya ia ditunggang pantas. Tak lama kemudian ia berhenti di hadapan pagar rumahku. Segera aku turun dari jentera itu seraya mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepadanya.

Baru sahaja aku mahu menghayun langkah kakiku membuka pagar rumahku, kurasakan ada satu tangan menarik pergelangan tangaku lembut. Aku segera menoleh dan ternyata ia adalah Adriyan.

“So, apa keputusan kau As?”, tanyanya.

“Apanya, Yan?”, tanyaku berdalih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience