BAB 8

Romance Completed 4704

“As, sudikah kau jadi milikku?”, tanyanya lagi.

“Maaf, Yan”, lirihku.

“Tak mengapa As, aku sudah tahu jawapannya,” ujanya lemah.

“Bukan macam tu Yan, jujur aku memang sayang kau. Kau adalah kawan baikku. Tapi maaf aku tak boleh menerima cintamu Yan. Kenapa? Kerana aku takut kita akan jadi seperi yang kau katakan tadi. Andai kata status hubungan kita sudah berubah, aku takut aku bukan lagi Asmidar yang sanggup menunggu kau pulang Yan. Aku takut tak dapat mendengar khabar berita dari kau selama satu semester, aku tak mahu sakit menanggung rindu sebagai seorang kekasih. Aku sayang kau, tetap akan sayang kau Yan. Bukankah selama ini kita adalah sahabat yang penuh dengan rasa sayanh, aku akan jadi Asmidar yang kau kenal, takkan berubah,” jelasku lagi dan Adriyan hanya megangguk.

“Semalam call minta temankan beli barang untuk dibawa balik, tak jadi ke?”, tanyaku mengalihkan pembicaraan..

“Tu semua alasan sahaja untuk ajak kau jalan sambil meluahkan perasaan. Alasan yang ku kira alibi logik, kau pun ikut saja tak banyak sola,” ujarnya tersengih.

Aku mencubit pinggangnya yang berselubung jaket kulit.

“Oh ya esok flight jam 9 pagi kan? Boleh aku datang ke airport hantar kau balik? Boleh? Please say yes?” pintaku.

“Ish kalau kau dah buat aksi comel macam ni macam mana aku nak say No? Ya esok flight jam 9, kau datang rumahlah boleh gerak sekali dengan mama adan papa aku, balik dari airport diorang boleh tolong hantarkan,” jawabnya lalu disambut dengan gelak tawa teruja olehku.

Adriyan Augus. Kau adalah bintang bersinar penyeri hidupku selama dua minggu kita bersama, bukan hanya dua minggu bahkan kau telah menajdi orang istimewa dan bintang paling terang dalam gugusan bintang di langit hidupku sejak sepuluh tahun lalu. Kau tetap menjadi sahabatku Yan, dan akan kekal seperti itu sampai akhir usia kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience