BAB 5

Romance Completed 4704

“Lah, macam mana boleh lost contact, sih? Kalau dah namanya satu sekolah senanglah nak berjumpa kan, walaupun jelas yang korang tinggal di asrama berbeza,”tanyaku lagi.

“Iya, Aas, dia berpindah sekolah tak lama selepas dia putuskan hubungan dengan aku. Dia berpindah ke sekolah tu sebab abangnya bekerja di sana. Abangnya seorang askar. Tapi setahu aku abangnya berpindah ke daerah lain dan dia pulang semula ke rumah ibu bapanya. Padahal setahu aku, mengapa dia perlu pindah. Dia kan tinggal di asrama, tak pernah tinggal dengan abangnya. Jadi tak kiralah abangnya pindah atau tak, kenapa dia perlu ikut sama?”

“Betul juga apa yang dikatakan kau tu Yan, lepas tu? Waktu cuti ni kau ada contact dia ke?” tanyaku mulai teruja dengan cinta tak kesampaian kawan aku ini.

“Waktu awal cuti hari tu aku ada aktifkan handphone dan mulai aktif di sosial media. Satu hari tu aku dapat mesej whatsapp darinya bertanyakan khabar, keadaan sekolahku dan kawan-kawan di sana. Soalan biasa saja yang tiada kena mengena dengan hubungan kami. Tak lama lepas tu dia bertanyakan tentang Eddy, rakan sebilikku. Selepas korek punya korek dan beberapa siri penyiasatan yang ku lakukan, akhirnya aku dapat tahu yang dia menjalinkan hubungan dengan Eddy dua minggu sebelum kami putus. Cuba kau bayangkan betapa sakitnya aht aku. Tapi tak mengapa, aku dah lupakan semuanya, aku dah move on, completely move on, kau jangan risau sebab aku sudah bertemu dengan orang yang tepat.” Ujarnya tersenyum.

“Aduh macam-macam dunia zaman sekarang ni, pantang leka sikit dah dikebas orang. So lepas ni kau kena hati-hati, target betul-betul, dah dapat jaga elok-elok jangan nanti dikebas orang pula,” ujarku berseloroh.

“Kau memang macam ni ke As? Tenang saja, tak ada fikir apa-apa melainkan jadi jomblo happy.” Sindirnya lalu ku balas dengan cubitan bertalu-talu di lengannya.

Sesi curhat itu berhasil membuat kami berdua leka pada kepenatan hingga tak sedar kami sudahpun sampai di bawah. Dia berlari-lari anak mengambil beg galas yang ditinggalkannya di pondok jaga tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience