BAB 3

Romance Completed 4704

Lelah dan mengah jangan cakap namun semuanya hilang saat kami melihat luasnya lading teh terbentang menghijau dari atas puncak. Tak sia-sia lemak terbazzir berjalan kaki hingg ke puncak.

“Kau penat ke As?”, tanyanya.

“Eh dia ni tanya lagi, tak nampak ke aku mengah tak cukup nafas ni, tanya lagi. Tapi penat tu cepat je hilang, tahu tak sebab apa?” tanyaku semula.

“Tak tahu, sebab apa?” soalnya.

“Sebabnya kau ada denganku sekarang”, jawabku sambil menunjukkan muka cute padanya namun disambut dengan hilai tawa darinya.

“Eh dia ni, sejak bila pandai buat pickupline ni?”’usiknya.

“HA HA HA aku gurau je lah, kau tak payah nak perasan sangat okay. Sebabny pemandangan di hadapan mataku sekarang ini sangat berbaloi untuk setiap titisan peluh yang tumpah ke bumi ni,” jawabku dengan lagak seperti penyair yang seraya membuat dia ketawa terbahak-bahak.

Suasana dia atas sangat hening dan menenagkan, yang terdengar hanya kicauan burung berterbangan riang di udara, percakapan perlahan pengunjung yang lain. Kami leka dengan fikiran masing-masing. Angin bertiup kencang, terik mentari sudah tidak dirasakan kerana kedinginan suhu di tanah tinggi yang sejuk begitu mengasyikkan. Sepuluh minit kemudian dia mulai bersuara memecahkan kebisuan yang kami nikmati sebentar tadi.

“Nak minum tak?”, tawarnya.

“Kau ada bawa air ke?”, tanyaku semula.

“Hehehehe, memang tak adalah, kan begnya aku simpan di pondok jaga tadi”, jawabnya terkekeh.

“Beg bekal ditinggalkan, lepas tu ada hati nak offer orang minum, “ sindirku

“Okay fine, jom turun ke bawa beli minuman,”ajaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience